DUIT raya anak hendak simpan di mana?” Itu antara persoalan yang sering bermain di minda ibu bapa selepas habis musim perayaan. Sebenarnya, banyak instrumen boleh dipilih untuk menjadikan duit raya anak sebagai tabungan masa depan. Terkini, ramai juga yang mencadangkan agar duit raya anak dimanfaatkan untuk membeli emas kerana nilainya yang makin meningkat naik. Pakar Kewangan, Dr. Azizul Azli Ahmad berkata, simpanan boleh dilakukan sama ada secara tabungan di beberapa perkhidmatan kewangan tersedia atau dengan membeli emas. Kedua-duanya mendatangkan keuntungan jangka panjang terutamanya ketika anak-anak bakal melanjutkan pengajian kelak. “Boleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya