KUALITI pendidikan di peringkat prasekolah di negara ini didapati masih tercorot dalam kalangan negara ASEAN. Laporan Bank Dunia pada Mei tahun lalu mendedahkan bilangan kemasukan kanak-kanak ke prasekolah hanya sebanyak 85.7 peratus sekali gus meletakkan Malaysia di kedudukan ketiga terbawah selepas Laos dan Kemboja. Angka itu jauh ketinggalan berbanding Vietnam, Thailand, Indonesia, Brunei, Singapura dan Filipina yang mencatatkan jumlah melebihi 94 peratus. Setiausaha Kluster Pendidikan dan Modal Insan Majlis Profesor…










