SEJAK ditubuhkan 38 tahun lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Selayang mungkin tidak pernah merekodkan pencapaian luar biasa yang boleh dibanggakan. Namun, kini namanya menjadi sebutan, bahkan menjadi contoh teladan dalam kalangan sekolah-sekolah di sekitar daerah Gombak garagara projek Berry-Bery I Love You (BILU). BILU merupakan projek penanaman pokok mulberi di sekitar sekolah secara berskala besar. Ia dipilih sebagai program kebitaraan sekolah bagi memupuk amalan berbudi kepada tanah sekali gus menarik minat pelajar untuk menguasai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM); Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya