TIDAK lengkap Syawal jika tiada acara rumah terbuka. Bukan sahaja dapat menikmati juadah pelbagai, malah ia juga merupakan peluang untuk sanak saudara dan rakan taulan berkumpul setelah lama tidak bersua. Namun, dengan keadaan ekonomi yang ‘menyesakkan’ pada ketika ini pasti ramai yang teragak-agak mahu menganjurkan rumah terbuka. Sudah tentu ia memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit sementelah harga barang mentah melonjak naik sejak beberapa bulan lalu. Pensyarah Kanan Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya (UM), Mohd Zaidi Md. Zabri berkata, tidak ada salahnya jika penganjuran rumah terbuka diadakan secara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya