KENANGAN, nilainya amat tinggi dan sangat bermakna buat individu. Merakamkan momen berkumpul bersama keluarga dengan memakai busana tradisional Melayu sedondon pada sambutan Hari Raya Aidilfitri misalnya, adalah antara masa terbaik untuk mengabadikan kenangan itu. Tidak keterlaluan jika ia dianggap ‘acara wajib’ untuk dijadikan kenangan sekali dalam setahun itu. Tambahan pula dengan adanya pelbagai rangkaian media sosial, ia menjadi platform untuk mereka memuat naik gambar bagi tatapan ramai sekaligus mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kini bagaikan sudah menjadi trend, setiap kali hari raya pasti ada gambar-gambar raya sekeluarga yang menjadi tumpuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya