BUKANLAH sesuatu yang luar biasa apabila perjalanan pulang ke kampung halaman sepanjang musim perayaan ini berkali ganda tempohnya, malah boleh mencapai seharian. Bayangkan untuk perjalanan dari Selatan tanahair ke Utara, atau ibu kota ke Pantai Timur. Bagi keluarga berkemampuan, melalui pengangkutan udara barangkali pilihan selamat dan menjimatkan daripada segi masa. Sungguhpun begitu, masih ramai memilih memandu sendiri, kerana serasi dengan keperluan seisi keluarga biarpun memakan masa. Suri rumah, Nurlisa Haili Mohd. Najib, 24, antara tidak terkecuali pulang berhari raya di kampung halamannya di Kelantan dengan menaiki kereta. Biarpun perjalanan dari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya