CCTV rakam individu mirip Ruhainies, Aliff Aziz tiga minggu lalu

CCTV rakam individu mirip Ruhainies, Aliff Aziz tiga minggu lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kamera litar tertutup merakamkan kelibat individu mirip pelakon, Ruhainies dan Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah pada 25 Februari lalu.

Dalam rakaman tersebut, individu mirip Ruhainies dilihat memakai baju hoodie putih manakala Aliff, memakai pakaian serba hitam dan bertopi.

Kedua-dua individu itu dilihat membawa beg di lobi kondominium berjalan menuju lif.

Hasil semakan Utusan Malaysia, kedua-dua pelakon itu pun juga sedang menjalani sebuah penggambaran drama bersiri untuk platform penstriman over-the-top.

Terdahulu, media melaporkan, pelakon, Aliff Aziz dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita di sebuah kondominium mewah.

Difahamkan, kedua-duanya sedang menjalani penggambaran sebuah drama sebelum ditahan.

Aliff dikatakan berulang kali memasuki kediaman pelakon wanita berkenaan sebelum ini.

Sejak pagi tadi, Instagram Aliff dan Ruhainies diserang warganet.

Rata-rata terkejut dengan berita itu memandangkan peminat mengetahui keakraban pelakon Ruhainies dengan isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah.

Utusan Malaysia telah cuba mendapatkan respons empunya badan serta ahli keluarga mereka, namun tidak berhasil.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya