Tujuan asal membuat penyelidikan pada 2018 bagi menghasilkan air untuk bateri namun sebaliknya membawa kepada formula unik untuk minyak wangi. Campuran beberapa bahan kimia hasil penyelidikan Pensyarah Kanan dan Pakar Kimia, Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), ChM. Dr. Mohd. Azri Ab. Rani, itu menghasilkan bahan yang tidak diduga iaitu fiksatif, agen pelekat bau-bauan. Agen pelekat atau gam berkenaan didapati boleh mengurangkan kadar kemeruapan minyak wangi yang menghasilkan kesan bau tahan lama berbanding minyak wangi biasa. “Bila kami membuat pencarian struktur bahan ini atau kegunaan gam ini, kami mendapati…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya