MASJID Al-A’la di Kampung Benua, Simpang Empat Alor Setar, Kedah merupakan antara masjid yang tertua dan terindah di negeri ini. Begitu juga kawasan berdirinya masjid yang mempunyai keunikan tersendiri ini ternyata memiliki sejarah sendiri. Kewujudan masjid itu dipercayai akrab dengan sejarah penerokaan orang Siam ke kawasan sepanjang Terusan Wan Mat Saman yang mula dibina pada 1885. Masjid tersebut yang masih kelihatan utuh dan tersergam indah itu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melalui Jalan Alor Setar ke Sungai Petani. Dirasmikan pada 13 Februari 1959 oleh Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya