PETALING JAYA: Penyanyi, Hazama, menyesal kerana tidak mempelajari al-Quran dengan bersungguh-sungguh ketika masih di bangku sekolah. Menurut Hazama atau Hazama bin Ahmad Azmi, 39, al-Quran mempunyai jawapan dan penyelesaian kepada persoalannya dalam kehidupan. “Kepada adik-adik yang bersekolah, jangan main-main, rugi. Nanti bila umur 40 tahun akan pandang balik, rasa menyesal. “Kalaulah dari kecil dulu saya betul-betul belajar al-Quran, semua jawapan dan solusi ada dalam naskhah itu,” katanya menerusi satu video yang tular di TikTok. Menurut penyanyi Sampai Mati itu, sekiranya dia mendalami al-Quran lebih awal, sudah pasti ilmunya lebih berkembang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya