Musim perayaan pasti membuatkan ramai yang mula kecur liur untuk menikmati juadah istimewa. Doktor Pergigian Pusat Perubatan Sunway, Dr. Emilia Chua Siew Li mengingatkan orang ramai untuk kurangkan pengambilan makanan mengandungi gula berlebihan bagi mengelakkan masalah gigi. Ujarnya, tidak salah menikmati juadah lazat tetapi biarlah sederhana. “Makanan dan minuman manis mengandungi gula berlebihan boleh menyumbang kepada kerosakan gigi dan masalah kesihatan gigi yang lain,” katanya. Ujarnya, memilih makanan kurang kandungan gula boleh memberi perubahan ketara terhadap kesihatan gigi. Contohnya ‘dark chocolate’ atau coklat kosong, pilihan lebih baik berbanding gula-gula biasa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya