Perasaan marah itu normal tetapi marah yang melampau sehingga meninggalkan kesan buruk bukanlah sesuatu yang normal. Mudah marah walaupun hanya kerana perkara kecil dan seringkali sukar untuk meredakan kemarahan adalah panas baran. Individu panas baran cenderung berkelakuan kasar dan mendatangkan masalah kepada diri sendiri dan hubungan dengan orang sekeliling. Lebih malang apabila terjebak dengan jenayah sehingga membunuh! Pakar psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Dr. Izyan Shazwani Khairuddin berkata, faktor genetik dan penyakit dikenalpasti punca seseorang boleh menjadi panas baran. “Ada mengaitkan panas baran dengan penyakit mental. Bagaimanapun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya