Tampil glamor dengan turban manik, labuci

Tampil glamor dengan turban manik, labuci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAIN misi menguruskan badan, antara azam tahun baharu kebanyakan wanita adalah untuk mengubah gaya dan penampilan.

Apatah lagi jika sudah bertahun-tahun setia dengan fesyen sama hingga timbul rasa bosan dan jemu
dengan koleksi pakaian yang tergantung dalam almari.

Mengubah keseluruhan gaya mungkin menimbulkan bebanan kos terutama dalam
suasana ekonomi yang mendesak kini.

Tetapi itu bukan alasan untuk wanita menangguhkan hasrat tersebut, sebaliknya mulakan secara berperingkat misalnya dengan tudung terlebih dahulu.

Untuk gaya lebih segar dan moden, mungkin boleh cuba menggunakan turban sebagai pengganti tudung.

Pemilik Ilham Echenta, Faezah Ahmad Fadzil berkata, pemakaian turban kini menjadi pilihan ramai wanita kerana mudah dan selesa.

Malah katanya, turban juga sesuai dan fleksibel untuk digayakan dalam apa jua situasi sama ada ke pejabat, kasual atau menghadiri majlis formal.

“Citarasa fesyen rakyat Malaysia sudah jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu dan sebagai antara orang lama dalam bidang turban ini, saya dapati sambutan terhadapnya amat menggalakkan.

“Dulu, mungkin orang takut nak pakai turban kerana rekaan, gaya dan material yang digunakan ketinggalan zaman dan tiada banyak pilihan.

“Tetapi dengan koleksi Ilham Echenta yang ringkas dan elegan dengan penggunaan material seperti sifon kini turban kembali popular serta menjadi pilihan ramai,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Faezah Ahmad Fadzil

Terbaharu, Faezah bekerjasama dengan penyanyi bersuara lantang, Noryn Aziz menerusi koleksi IE Luxe.

Koleksi itu menampilkan turban ready to wear (RTW) yang mewah dengan sentuhan manik dan labuci di samping penggunaan fabrik premium.

“Jika selama ini sudah biasa pakai turban biasa, apa kata cuba rekaan IE Luxe untuk tampil dengan gaya glamor dan elegan.

“Tarikan koleksi ini adalah pada manik dan labuci yang digunakan tetapi masih mengekalkan elemen instant atau RTW yang mudah untuk dililit.

“Mungkin ada yang terfikir perincian manik akan menyebabkan turban jadi tebal atau susah untuk diikat tetapi kami berjaya mencipta kelainan menerusi rekaan baharu ini,” katanya.

WARNA PILIHAN
Sepanjang 10 tahun terlibat dalam industri fesyen, Faezah berkata, warna yang lazim digunakan bagi setiap rekaan turbannya adalah sama dari dulu hingga kini.

Antara rona itu ialah perak, emas dan merah yang mampu menyerlahkan lagi penampilan wanita di samping malar segar.

“Warna yang jarang digunakan ialah hijau dan biru terang.

“Memandangkan turban ini merupakan aksesori kepala jadi kita cuba tone down pemilihan warna bagi disesuaikan dengan pakaian wanita yang bercorak atau berwarna-warni,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya