Servis peneman dianggap scammer?

Servis peneman dianggap scammer?

PEMANDU dan peneman digelar Adinita yang akan membantu pelanggan menuju ke destinasi dengan selamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERVIS peneman. Rasanya terma ini masih asing lagi di negara ini. Maka tidak hairanlah masih ramai yang sangsi dengan perkhidmatan seumpama ini.

Tidak kurang juga yang menggelarkan khidmat ditawarkan itu sebagai scammer dan sebagainya.

Namun, daripada pengamatan penulis di media sosial, beberapa syarikat sudahpun menawarkan servis itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ia diguna pakai sebagai alternatif kepada golongan berkeperluan, terutamanya wanita dan warga emas.

Pengusaha perkhidmatan Jom Makcik, Dr. Sazlina Kamaralzaman berkata, pelanggan diterima rata-rata dalam kalangan wanita yang bimbangkan keselamatan mereka apabila mengambil pengangkutan awam seperti teksi, e-hailing dan bas.

“Perkhidmatan ini ditawarkan secara kecil-kecilan kepada wanita di Bangi, Selangor sekitar 2018 lalu,” katanya yang berpengalaman selama 23 tahun dalam bidang rehabilitasi.

Berbekalkan pengalaman dalam bidang berkenaan, katanya, keperluan pengangkutan amat penting kepada individu berkeperluan khususnya wanita dan warga emas.

Sazlina yang bekhidmat sebagai Pegawai Pengurusan Eksekutif dan Pengasas bersama Jom Makcik, membangunkan servis berkenaan bersama anaknya, Siti Sarah.

Negara bakal menjadi sebuah Ageing Nation iaitu lebih 15 peratus daripada populasi negara adalah warga emas.

Dengan peningkatan keperluan warga kurang upaya yang semakin meningkat, keperluan pengangkutan berpengkhususan juga akan semakin meningkat.

“Kami merasakan satu kewajiban menyediakan perkhidmatan ini.

“Misi kami adalah untuk memastikan pelanggan tidak ‘terkurung’ di rumah, menggunakan pengangkutan yang selesa dan selamat serta boleh mendapat akses kepada keperluan yang penting untuk kelangsungan hidup,” jelasnya.

Mengulas mengenai isu scammer pula, kata lulusan Sarjana Sains Rehabilitasi dari University of Nottingham, United Kingdom ini,
kebimbangan terhadap scammer adalah suatu yang perlu ada dalam diri setiap orang, namun pelanggan boleh menghubungi admin untuk mendapatkan kepastian.

JANA PENDAPATAN

Perusahaan sosial berkenaan turut membantu wanita menjana pendapatan melalui ekonomi gig.

“Wanita berdaftar dengan syarikat dinamakan Adinita. Mereka menjalankan perkhidmatan pengangkutan dan peneman kepada
pelanggan yang boleh jadi dalam kalangan wanita, warga emas, kanak-kanak dan OKU.

“Selain menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan peneman, perkhidmatan lain tawarkan adalah Abilicar iaitu perkhidmatan pengangkutan untuk
pelanggan berkerusi roda,” katanya.

Kerusi roda moden berkenaan berkemampuan ‘masuk terus’ ke dalam kereta tanpa perlu mengangkat pelanggan.

Sehingga kini syarikat mempunyai 500 orang pemandu dan peneman di seluruh negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya