PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi menasihatkan pemain industri dan orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dengan modus operandi segelintir pihak yang menyalahgunakan teknologi Artificial Intellgence (AI) demi kepentingan peribadi.
Jelasnya, ada pihka yang menggunakan suara dan wajah selebriti untuk menjual produk mereka tanpa kebenaran apatah lagi itu hanyalah salah satu teknik baharu aktiviti scammer secara global.
“Perhatian! Perhatian kepada semua, anda seharusnya tahu tentang bahayanya AI terutamanya mereka-mereka yang menyalahgunakan teknologi tersebut.
“Baru-baru ini saya ada mendapat aduan daripada seorang artis terkenal. Dia memaklumkan ada pihak gunakan suara dan mukanya untuk menjual barang. Tahu apa barang itu? Dia jual seluar dalam.
“Pihak tidak bertanggungjawab itu menggunakan AI ini tiru suara artis dan dalam asa sama tiru juga wajah artis itu untuk jual seluar dalam. Jadi hati-hati dengan AI ini,” kkongsinya menerusi aplikasi TikTok.
Tinjauan mendapati, perkongsian tersebut berkemungkinan besar merujuk kepada penularan video lelaki mirip pelakon, Datuk Aaron Aziz yang mempromosikan seluar dalam.
Namun setelah diteliti, warganet mendapati video tersebut sudah disunting dengan teknologi AI untuk meniru suara pengarah filem Sayu Yang Syukur itu.
Menjengah ke ruangan komen Zed, rata-rata warganet turut mengakui terpengaruh dengan video-video yang menggunakan wajah artis untuk mempromosikan produk-produk tertentu.-UTUSAN