Fitri Farok mahu menerus legasi Normah Damanhuri - Utusan Malaysia

Fitri Farok mahu menerus legasi Normah Damanhuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Naib Juara Hero Remaja 2023, Fitri Farok memasang niat untuk meneruskan legasinya lakonan neneknya, aktres legenda, Normah Damanhuri.

Bagaimanapun jelasnya, gelaran naib juara itu juga bukan satu tiket ekpress namun satu bonus untuknya terus merealisasi impian lakonannya.
“Saya bersyukur sangat sebab keluarga tidak pernah menghalang niat saya untuk menceburi duni seni. Saya juga memang dari dahulu memasang niat mahu menyambung legasi nenda (nenek), Normah Damanhuri.

“Saya juga berterima kasih kerana ramai yang beri kata-kata semangat, tetapi saya sentiasa ingat kata-kata nenda iaitu kalah menang adat pertandingan Apa yang penting adalah kejujuran.

“Kata-kata itu yang saya pegang dan ‘bawa semangatnya’ ketika sesi soal jawab pada pentas akhir,” katanya ketika ditemui selepas pentas akhir Hero Dewi Remaja 2023, baru-baru ini.

Pada masa sama, anak saudara usahawan kontroversi, Kak KM itu mengakui terkejut sebaik namanya dipanggil untuk ke pusingan penentuan bersama Juara Hero Remaja 2023, Aiman Ameer.

“Sejujurnya saya tidak sangka dan terkejut apabila nama dipanggil untuk ke pusingan seterusnya bersama Aiman dan dua lagi peserta Dewi Remaja 2023.

“Saya memang cuma fokus kepada persembahan yang menangkat isu rakyat Palestin dan saya juga sedia maklum, isu tersebut memang berat.

“Ketika itu, saya hanya mahu buat yang terbaik dan Alhamdulillah saya diumumkan sebagai Naib Johan,” ujarnya lagi.

Kedudukan di tangga kedua itu melayakkan Fitri menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM7,000 berserta trofi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya