Belajar memahami pemikiran manusia

Belajar memahami pemikiran manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKU The Human’s Complex karangan Zamir Mohyedin & N.H.M setebal lebih 220 mukasurat ini disarankan untuk dijadikan bahan bacaan dan kajian buat mereka yang mencintai dunia psikologi.

Sebanyak 36 isu membabitkan psikologi manusia dikupas, seperti ‘Mengapa anda mudah marah ketika memandu?’ ‘Mengapa kita sering berbelanja lebih’, bahkan persoalan berkenaan ‘nak makan di mana’?

Isu ini mungkin kedengaran remeh, namun sebenarnya penting untuk kita ketahui yang setiap perilaku dan persoalan bermain di fikiran kita sebenarnya ada kaitan dengan persekitaran, pengalaman waktu kecil atau sekadar mengikut sikap orang ramai.

Memetik beberapa peranggan di bahagian pendahuluan buku ini, penulis menyatakan:

“Pada peringkat awal, ahli psikologi memahami manusia melalui analisis pemikiran dan perasaan sendiri – memahami manusia melalui dirinya sendiri. Kaedah ini dipanggil sebagai kaji diri.

“Kaedah ini serba sedikit memberikan pengetahuan tentang emosi, perhatian dan memori. Namun, kaedah ini tidak dapat mendedahkan kesemuanya tentang minda manusia kerana minda mempunyai aspek sedar, tidak sedar dan separa sedar. Kaedah ini dilakukan dalam keadaan sedar, maka manusia tidak tahu bagaimana keadaannya apabila minda tidak sedar dan separa sedar.”

Antara bab yang menarik perhatian saya sebagai seorang peminat dunia politik dan perbincangan geopolitik antarabangsa ialah Kenapa Tentera Hitler Sanggup Membunuh Berjuta-Juta Orang?

Isu ini selalu bermain di fikiran saya, bagaimana seorang manusia biasa sanggup melakukan kejahatan di luar batasan itu?

Bab ini dikupas dengan baik sekali kerana selama ini kita hanya mampu mentohmah Hitler yang telah membunuh jutaan orang Yahudi dengan gelaran gila, mental, zalim dan sebagainya, namun kita tidak pernah mempersoalkan ‘penyebab’ kepada tingkah laku itu.

Begitu juga dengan persoalan seperti mengapakah tentera Nazi tidak menentang arahan Hitler yang kejam itu?

Nak tahu penjelasannya, kenalah dapatkan buku ini.

Antara persoalan lain pula ialah pernahkah kita terfikir, mengapa kita lebih rajin apabila diperhatikan?

Menurut buku ini, kajian menyatakan bahawa perangai dan sikap seseorang berubah mengikut persekitaran. Dalam aspek sosial, perlakuan manusia terdorong oleh orang sekeliling.

Saya yakin pembaca sudah pasti merasa teruja membaca buku ini dengan lebih lanjut. Ada banyak lagi bab menarik yang dikupaskan seperti,

Bagaimana Pendapat Orang Lain dapat Mengubah Diri Anda? Tidak Sempurna Itu Menarik serta Kompleks Takutkan Keunikan Diri.

Buku tulisan Zamir Mohyedin yang kini sedang melanjutkan pengajian di peringat doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang fizik pengkhususan fizik perubatan dan radiologi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan seorang lagi penulis yang hanya ingin dikenali sebagai N.H.M sangat mudah difahami untuk semua jenis pembaca.

Anda boleh dapatkan buku keluaran The Patriots ini di kedai buku atau ke laman sesawang mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya