Periksa kesuburan sebelum merancang

Periksa kesuburan sebelum merancang

Dr. Norazlin Rosli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTITI dan kualiti telur akan menurun dengan drastik apabila seseorang wanita itu mencapai usia 35 tahun.

Telur yang tua akibat peningkatan umur seseorang wanita adalah kurang berkualiti berbanding telur muda.

Dr. Norazlin yang juga Pakar Fertiliti dan Sakit Puan menyarankan agar wanita yang baharu berkahwin untuk melakukan ujian kesuburan sebelum merancang keluarga.

Lebih-lebih lagi jika wanita berkenaan berkahwin pada usia sekitar pertengahan 30-an.

“Seperti yang saya katakan tadi, setiap wanita dilahirkan dengan telur yang akan digunakan oleh tubuh badan mereka tetapi jumlahnya berbeza bagi setiap individu.

“Ada yang walaupun usia muda tetapi bilangan telur sedikit dan ada yang usia tua tetapi bilangan telurnya banyak.

“Jadi, lebih baik sekiranya yang baharu berkahwin datang ke klinik untuk membuat pengesanan kadar kesuburan dengan melihat berapa simpanan telur yang dia ada dan pakar boleh tentukan sama ada mereka boleh menangguhkan kehamilan ataupun tidak,” jelasnya.

Hal ini kerana katanya, kadar kesuburan yang semakin menurun mengikut umur dikhuatiri akan menyukarkan proses mendapatkan zuriat jika, ia ditangguhkan dalam jangka masa yang lama.

Katanya, pengesanan itu boleh dilakukan di manamana klinik yang menawarkan perkhidmatan kesuburan.

SIMPANAN TELUR

Bagaimana pun, katanya, sekiranya pasangan suami isteri masih belum bersedia, mereka mempunyai alternatif untuk menjalani kaedah persenyawaan in-vitro (IVF).

“Kaedah ini membolehkan mereka menyimpan beku embrio di makmal dan ia kekal tersimpan di situ tanpa pengurangan kuantiti atau kualiti.

“Apabila pasangan merasakan sudah berjaya dalam karier dan ingin menimang cahaya mata, doktor boleh memasukkan embrio ke dalam rahim untuk kehamilan.

“Jadi, walaupun umur wanita itu meningkat dia tidak perlu risau memandangkan sudah ada embrio yang tersimpan di makmal. Mengikut undang-undang, ia boleh disimpan sehingga 10 tahun,” jelasnya.

Namun, kaedah yang dikenali sebagai pembekuan sosial itu hanya dibenarkan kepada pasangan yang sudah berkahwin.

Pembekuan embrio bermakna telur perlu disenyawakan dahulu dengan sperma sebelum dibekukan.

Bagi individu belum berkahwin, pembekuan telur sahaja adalah dilarang dalam agama.

BEBAS KANAK-KANAK?

Fenomena bebas kanakkanak (child free) atau dalam istilah lain tidak mahukan anak semakin terbuka diperkatakan sejak beberapa tahun
kebelakangan ini.

Adakah budaya atau trend daripada negara barat itu sudah mula meresapi ke dalam generasi muda pada hari ini sekaligus menyebabkan kadar
kelahiran menurun?

Pakar Hipnoterapi, Sharifah Fadzlin Binyahaya berkata, walaupun budaya ini telama lama wujud di Eropah, tetapi bagi negara Asia yang masih terikat dengan faktor kebudayaan, ia masih dianggap baru dan asing.

Katanya, ada beberapa faktor yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia memilih untuk tidak memiliki anak atau mungkin menghadkan jumlah
bilangan anak.

“Bagi saya ini bukan kerana ikutan trend tetapi lebih kepada pilihan individu.

“Ada beberapa faktor kemungkinan perkara ini terjadi antaranya faktor genetik. Kemungkinan risiko kepincangan genetik yang mungkin diwarisi oleh ibu bapa kepada anak-anak.

“Selain itu, keadaan ekonomi dunia sekarang ini, kos untuk membesarkan seorang anak adalah agak mahal.

“Kos penjagaan bermula dari saat si ibu mengandung sehinggalah anak tersebut bekerja,” ujarnya.

Tidak kurang juga disebabkan oleh faktor sosial di mana mempunyai anak memerlukan komitmen berpanjangan.

Sesetengah daripada masyarakat terlalu sibuk dengan kehidupan dan pekerjaan sehingga anak menjadi satu isu yang tidak relevan dan penting.

Tambahnya, sekiranya diambil kira faktor kestabilan kewangan, kemungkinan anakanak ini akan menjadi bebanan kepada pasangan.

“Umum mengetahui untuk membesarkan seorang anak di zaman sekarang adalah sangat mencabar dari faktor kewangan dan masa serta komitmen berpanjangan.

“Idea Child Free mungkin kelihatan menarik dan bebas pada segelintir tetapi impak akan datang yang perlu difikirkan. Antaranya tentang
faktor warisan dan keturunan,” katanya lanjut.

‘Kewangan jadi isu’

DALAM pada itu, tinjauan Utusan Malaysia terhadap ibu-ibu muda mendapati kebanyakan mereka merancang memiliki anak tidak lebih daripada tiga orang.

Majoriti memberikan komen perancangan keluarga dibuat dengan begitu teliti disebabkan kekangan kewangan dan ketidakstabilan ekonomi ketika ini.

Ummi Kalthum Zainol Abidin,29, berkata dia yang ketika ini mempunyai seorang anak perempuan hasil dua tahun perkahwinan
hanya mahu menambah seorang sahaja lagi cahaya mata.

“Target dua orang sahaja sebab keadaan ekonomi sekarang dan dengan perkembangan teknologi pesat membangun (keadaan
sosial),” katanya.

Pendapat sama turut disuarakan Mulya Safra Dinggai yang hanya mahu menginginkan seorang sahaja anak.

Begitu juga dengan suri rumah, Fatin Amira Ahmad Saidi yang hanya mahu mempunyai tiga zuriat disebabkan oleh kewangan
dan keadaan kesihatan.

Berbeza dengan Nurul Afiah Rahamad yang mahukan anak seramai mungkin. Beliau yang kini memasuki usia 12 tahun perkahwinan sudah memiliki dua anak, namun tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki anak ramai.

Nurul Afiah Rahamad
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya