Pencemaran, persekitaran kerja tingkat risiko buta

Pencemaran, persekitaran kerja tingkat risiko buta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMAKIN ramai pekerja terdedah kepada gangguan penglihatan dan risiko kebutaan di tempat kerja, khususnya dalam sektor industri.

Pensyarah dan Pakar Perunding Kanan dari Jabatan Oftalmologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM, Prof. Madya Dr. Jemaima Che Hamzah berkata, kecederaan yang lazim adalah berpunca daripada habuk persekitaran seperti debu, besi dan bahan
kimia.

Ini termasuklah cahaya kimpalan, percikan bahan kimia dan objek terpelanting ke dalam mata.

Ujarnya tahap kecederaan pula bergantung kepada tahap teruk dan tempoh tindakan segera yang diambil.

“Antara perkara yang disyorkan adalah memakai pelindung mata untuk melindungi mata pekerja daripada terdedah kepada bahaya,” katanya.

Pelindung mata dapat membantu mengurangkan risiko pekerja mendapat kerosakan mata sekali gus mengelakkan kesihatan mereka terjejas akibat pekerjaan seharian.

Kecederaan mata yang diakibatkan oleh pekerjaan seharian juga boleh memberi kesan kepada kualiti kehidupan pekerja sedangkan ia
boleh dielakkan.

Mengambil contoh di negara barat, katanya, di Amerika Syarikat (AS) merekodkan kes kecederaan mata hampir setiap hari.

Sebanyak 2,000 pekerja mendapat kecederaan mata setiap hari dan lebih 800,000 kecederaan mata terjadi dalam setahun.

“Ia terjadi kerana ramai pekerja yang enggan memakai alat pelindung mata.

“Mereka berasa tidak selesa dan menganggap penggunaan alat tersebut tidak perlu walupun diberikan oleh majikan,” kongsinya.

PENGGUNAAN KOMPUTER

Pekerja di pejabat turut berisiko mengalami gangguan penglihatan atau kebutaan akibat pendedahan lama terhadap skrin.

“Penggunaan telefon pintar dan komputer yang terlalu tinggi akan menyebabkan mata jadi kering, sakit kepala atau sindrom penglihatan
komputer.

“Jika tiada langkah kawalan, dikhuatiri individu akan mengalami kerosakan mata yang lebih teruk,” katanya.

UKM melalui Fakulti Perubatan baru-baru ini menganjurkan sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2023 dengan tema Love Your Eyes at Work di Flat Seri Sabah, Bandar Tun Razak, Cheras.

Ia dirasmikan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Majlis dihadiri lebih 300 penduduk flat berkenaan diisi dengan pelbagai aktiviti seperti ceramah kesihatan, saringan kesihatan umum dan
kesihatan mata, pemeriksaan cermin mata, konsultasi doktor dan pameran kesihatan mata.

Program kemasyarakatan anjuran Fakulti Perubatan UKM itu bermatlamat memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai pengetahuan asas penjagaan dan kesihatan mata serta faktor kerosakan mata yang boleh dielakkan.

MASALAH SEJAGAT

Bancian Mata Kebangsaan 2014, mendedahkan punca gangguan penglihatan dan kebutaan di negara ini terdiri daripada katarak sebanyak
58.6 peratus manakala retinopati diabetik (10.4%) dan glaukoma (6.6%).

Dr. Jemaima berkata, masalah penglihatan yangsemakin ketara di dunia terutama dalam masyarakat di negara ini turut berpunca
daripada peningkatan populasi warga emas di negara ini.

Realitinya masalah kehilangan penglihatan adalah masalah sejagat. Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia diterbitkan pada Oktober 2019, mendapati sekurang-kurangnya 2.2 bilion orang di dunia mengalami gangguan penglihatan atau buta.

Dengan sekurang-kurangnya 1 bilion mengalami gangguan penglihatan yang boleh dicegah atau belum sempat ditangani.

Peranan proaktif perlu dimainkan oleh pekerja dan majikan dalam kadar segera supaya ia dapat dielakkan daripada menjadi permasalahan besar dalam industri pekerjaan di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya