KEGAGALAN sesebuah masyarakat dan negara bermula dengan wujudnya majoriti graduan-graduan yang tidak berupaya menzahir dan menyampaikan ideaidea bernas daripada minda cipta secara efektif.
Senario ini akan merugikan banyak pihak termasuk graduan itu sendiri, organisasi, komuniti, masyarakat dan negara.
Jangan ambil remeh tentang keupayaan Visual Communication Through Freehand (VCTF) dalam membentuk graduan dinamik dan progresif. Prestasi dan produktiviti kerja seseorang graduan hanya berada pada tahap 60-70% efektif tanpa keupayaan VCTF.
Hal ini boleh dibuktikan daripada diagram dibawah. Diagram ini menunjukkan kegagalan graduan untuk menyatakan idea-idea bernas daripada minda cipta menyebabkan idea tersebut sukar untuk difahami malah dilaksanakan dengan sempurna. Impak negatif
pastinya akan berlaku dan kesan berantai kepada senario itu akan dirasai oleh sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak. Proses membentuk seseorang graduan dinamik dan progresif perlu berpandukan kepada empat kemahiran utama iaitu kemahiran ber kir, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran cara melaksana sesuatu perkara. Ketiga-tiga perkara ini perlu berteraskan kepada qalbu (hati) yang jelas untuk menilai secara manusiawi.
Pastinya sebelum bergelar graduan, mereka akan melalui proses pengajaran dan pembelajaran sehinggalah tamat pengajian. Dalam proses tersebut mereka dilatih dengan kemahiran ber kir, berkomunikasi dan melaksanakan sesuatu perkara mengikut bidang pengajian yang dipilih.
Berdasarkan kepada pengamatan penulis yang pernah menjadi graduan dan pensyarah di beberapa buah universiti, penekanan tentang keupayaan VCTF tidak menjadi keutamaan berbanding dengan keupayaan Visual Communication Through Digital (VCTD).
Subjek atau topik berkaitan keupayaan VCTD memang ditawarkan seperti cara menggunakan perisian komputer untuk menghasilkan persembahan sesuatu subjek dalam bentuk digital. Tetapi graduan tidak pernah dilatih secara formal tentang ilmu dan kemahiran keupayaan VCTF.
Dalam erti kata mudah, tidak ada subjek atau topik secara khusus ditawarkan kepada graduan untuk mahir VCTF. APA ITU KEUPAYAAN VCTF? Keupayaan VCTF adalah kemahiran menzahir ideaidea bernas daripada minda cipta untuk disampaikan secara berkesan menggunakan lakaran visual, teks dan lisan.
Keupayaan ini amat penting dalam komunikasi visual spontan yang kebiasaannya diperlukan semasa perbincangan dan mesyuarat secara informal dan formal. Ia membantu mempermudah proses pemahaman sesuatu perkara kompleks. Banyak kajian di seluruh dunia menyatakan bahawa visual mempermudah proses komunikasi sama ada dalam bentuk lakaran visual manual atau visual digital. Apakah impak kepada graduan jika tidak menguasai keupayaan VCTF? Impak ini boleh dilihat dalam tiga kemahiran yang dinyatakan diatas dan seterusnya hasil kepada ketiga-tiga proses tersebut.
Impak kepada kemahiran ber kir. Ramai graduan tidak menyedari keupayaan VCTF akan mempermudahkan proses ber kir dan menjana idea-idea bernas dengan lebih efektif. Sebagai seorangyang bergelar manusia, proses ber kir akan menjadi lebih jelas jika kita mampu menyatakan idea-idea tersebut dalam bentuk visual. Dalam erti kata lain, melakar idea-idea tersebut dalam bentuk visual. Apabila hal ini berlaku, proses pemahaman sesuatu perkara kompleks akan menjadi lebih mudah. Hal ini juga akan mempercepatkan proses pencambahan idea.
Impak kepada kemahiran berkomunikasi. Ramai graduan tidak mengetahui keupayaan VCTF adalah salah satu cabang komunikasi yang amat penting dalam komunikasi visual spontan. Mereka telah hilang satu kelebihan berbanding graduan yang mempunyai
keupayaan ini.
Kekurangan ini menyebabkan idea-idea bernas daripada minda cipta tidak dapat dizahir dan disampaikan dengan sempurna. Akhirnya graduan-graduan tersebut “nampak” tidak bijak dan kreatif. Seterusnya memberi gambaran negatif kepada mereka.
Pada hakikatnya mereka memang bijak dan kreatif cuma tidak mempunyai keupayaan VCTF. Impak kepada kemahiran melaksana. Ramai graduan tidak mengetahui bahawa keupayaan VCTF boleh mempengaruhi proses melaksana sesuatu tugasan.
Apabila idea-idea bernas tidak dapat disampaikan dengan sempurna, pastinya salah komunikasi akan berlaku. Proses menyiapkan kerja akan terbantut dan tidak akan dapat dilaksanakan mengikut jadualdan perancangan yang telah
dibuat.
Kesan berantai negatif akan berlaku melibatkan pelbagai pihak. Pastinya kos dan masa akan bertambah untuk menyiapkan kerja tersebut. Banyak impak negatif yang akan dihadapi oleh graduangraduan tersebut hanya kerana tidak mahir VCTF.
Impak paling ketara yang akan dihadapi oleh graduangraduan yang tidak dilengkapi dengan keupayaan VCTF adalah kemampuan menjana dan mencipta idea-idea bernas untuk dilaksanakan secara efektif.
Dalam kata lain, mereka akan ‘nampak’ tidak mampu mencipta idea-idea baharu. Seterusnya mewujudkan generasi graduan yang hanya mampu “mengguna” dan tidak mampu “mencipta”.
Persoalan seterusnya, apakah usaha kita sebagai penyedia latihan dan kemahiran kepada bakalbakal graduan di semua institut pengajian tinggi untuk membolehkan mereka menguasai keupayaan VCTF ini?
Saya cadangkan institut pengajian tinggi mewujudkan subjek atau topik-topik berkaitan VCTF dalam semua bidang yang ditawarkan. Cadangan ini akan membuka peluang kepada bakal-bakal graduan untuk mempelajari ilmu VCTF ini.
Usaha ini pasti akan meningkatkan kualiti graduan yang bakal meneraju masyarakat mmenjadi dinamik dan progresif.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti Kursus Visual Leaders yang mengfokuskan keupayaan Visual Communication Through Freehand (VCTF) yang akan diadakan pada 5 & 6 Disember 2023 secara bersemuka di Kuala Lumpur.
Boleh layari https://forms.gle/ muf7sGRYzgx2uvJT6 atau scan QR code yang disediakan. – UTUSAN