Gangguan hormon pencetus baran, sensitif

Gangguan hormon pencetus baran, sensitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETIKA perubatan dan kajian mengenai rawatan berdasarkan hormon pesat di negara maju, bidang ini masih asing untuk dibualkan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurut doktor hormon, Dr. Linda Mat Hassin, banyak penyakit kronik seperti kencing manis, serangan jantung, kanser serviks dan kemurungan boleh dikenal pasti dari peringkat awal melalui pemantauan hormon.

Katanya, gangguan hormon berlaku seawal usia 13 tahun terutama bagi remaja perempuan yang mencapai umur akil baligh.

“Akibat perubahan hormon, ada yang mengalami senggugut dan jerawat di wajah sekali gus memberi kesan kepada keyakinan diri.

“Doktor menganggap situasi itu biasa dan memberikan ubat tahan sakit, sedangkan ada rawatan khusus untuk merawat perubahan hormon yang dihadapi remaja,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Kaedah rawatan hormon, bukan sahaja perlu didedahkan kepada remaja, tetapi warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Beliau yang juga pengasas Skyhill Clinic berkata, individu menghampiri usia senja akan mengalami pengurangan hormon, dipanggil menopaus dan endropaus yang menyebabkan mereka cepat terasa, lebih sensitif dan teragak-agak dalam membuat keputusan.

Ujarnya, kaedah rawatan hormon memiliki tiga fasa bermula daripada pemeriksaan kesihatan hinggalah ke cadangan gaya hidup mengikut keadaan hormon dan tubuh pesakit.

 

 

Hapus stigma hanya wanita bermasalah hormon
Beliau tidak menafikan wujud stigma kononnya masalah hormon hanya berlaku kepada wanita gara-gara hal kesuburan seperti haid dan kehamilan.

Tidak ramai menyedari yang masalah itu juga berlaku kepada lelaki sekali gus menyumbang kepada penyakit kronik seperti serangan jantung yang lazim menyerang kaum adam berbanding wanita.

“Lelaki juga mengalami masalah sama ada terlebih atau terkurang hormon testosterone.

“Apabila bercakap tentang masalah hormon lelaki, ramai menganggap ia gangguan seksual semata-mata sedangkan berat badan berlebihan dan sakit belakang juga berpunca akibat masalah itu.

“Kita boleh mengesan lelaki yang mempunyai masalah hormon jika mereka mudah marah, baran dan bengis secara tiba-tiba.

“Hal ini secara tidak langsung mengakibatkan masalah dalam hubungan seksual di samping memberi kesan kepada kesihatan tulang dan jantung,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya