Ciplak batik : Terengganu jadi sasaran negara jiran

Ciplak batik : Terengganu jadi sasaran negara jiran

YANG Dipertua Persatuan Pengusaha-Pengusaha Batik Terengganu, Shafei Ghazali menunjukkan kain batik sarung buatan Thailand yang dilabel sebagai batik Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terengganu dijadikan sasaran oleh negara jiran untuk menciplak setiap rekaan batik yang dihasilkan oleh pembatik tempatan.

Hal itu kerana fabrik yang dihasilkan di negeri berkenaan terkenal dengan kualiti tinggi, cantik dan motifnya terkini.

Penasihat Persatuan Pengusaha-Pengusaha Batik Terengganu, Wan Noordiran Wan Long berkata, Thailand misalnya meniru 100 peratus motif batik pada kain sarung Terengganu dengan menggunakan mesin.

Katanya, Indonesia turut dikesan berbuat demikian dengan harga jualan antara RM12 hingga RM14 sehelai.

“Harga itu cukup murah berbanding kain sarung asli yang bernilai antara RM25 hingga RM28 sehelai bagi pembelian secara borong.

“Pengusaha Indonesia dan Thailand makin berani apabila mereka berpura-pura membeli produk keluaran pembatik terkenal Terengganu bagi dibawa ke negara mereka untuk ditiru sebelum dipasarkan kembali di Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pekerja Batik Kamis merebus kain batik untuk menanggalkan lilin dan lebihan warna di Bengkel Batik Kamis, Kampung Banggol Durian di Kuala Terengganu baru-baru ini.

 

Mengulas lanjut, Wan Noordiran berkata, lebih 85 peratus kain sarung yang dijual di Pasar Payang 2 di Kuala Terengganu bukan produk batik tulen sebaliknya adalah tiruan, keluaran negara jiran.

Katanya, selain kain sarung, produk batik tiruan lain yang berleluasa jualannya ialah kaftan dan kemeja batik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya