Batik tanah liat akan menggantikan lilin? - Utusan Malaysia

Batik tanah liat akan menggantikan lilin?

Proses mematikan warna pada kain batik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pembuatan batik alternatif menggunakan tanah liat bagi menggantikan lilin, diyakini boleh menarik minat generasi muda untuk terlibat dalam industri tekstil.

Pereka, Nurul Farazura Fuad berkata, kesan daripada itu, negara dapat terus memelihara batik sampai bila-bila.

“Umum mengetahui kaedah canting adalah rumit kerana lilin perlu dimasak dan dicairkan terlebih dahulu serta memerlukan individu mahir untuk membuatnya,” katanya.

Kongsinya lagi, penghasilan batik tanah liat turut dirintis di India tetapi formula bancuhan bahannya berbeza dengan di Malaysia.

Inovasi baharu batik kini diperkenalkan menerusi penggunaan linut dan tanah liat.

Pereka di Bahagian Rekaan dan Penyelidikan Kraftangan Malaysia, Maisur Johari berkata, kedua-dua bahan semulajadi dan mesra alam itu berfungsi untuk menghalang warna bagi menggantikan lilin.

Paling menarik, bahan alternatif itu mampu menjimatkan masa sehingga lebih 12 jam tanpa perlu melalui proses mematikan warna.

Malah, setiap peringkat pembuatan yang lain seperti mencanting, menerap, mewarna dan merebus turut dapat disingkatkan tempohnya berbanding kaedah tradisi.

“Proses memindahkan linut dan tanah liat pada kain mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.

“Selain itu, aspek keselamatan juga terjamin berbanding proses mencanting atau melilin yang menuntut kemahiran dan kecekapan seseorang untuk mengawal suhu panas lilin,” katanya ketika ditemui dalam Kempen Ini Batik Malaysia di Kompleks Kraf, baru-baru ini.

yang mudah dan murah diyakini boleh menarik minat generasi muda untuk terlibat dalam industri tekstil.

Pereka, Nurul Farazura berkata, kesan daripada itu, negara dapat terus memelihara batik sampai bila-bila.

“Umum mengetahui kaedah canting adalah rumit kerana lilin perlu dimasak dan dicairkan terlebih dahulu serta memerlukan individu mahir untuk membuatnya,” katanya.

Kongsinya lagi, penghasilan batik tanah liat turut dirintis di India tetapi formula bancuhan bahannya berbeza dengan di Malaysia.

Inovasi baharu batik kini diperkenalkan menerusi penggunaan linut dan tanah liat.

Pereka di Bahagian Rekaan dan Penyelidikan Kraftangan Malaysia, Maisur Johari berkata, kedua-dua bahan semulajadi dan mesra alam itu berfungsi untuk menghalang warna bagi menggantikan lilin.

Paling menarik, bahan alternatif itu mampu menjimatkan masa sehingga lebih 12 jam tanpa perlu melalui proses mematikan warna.

Malah, setiap peringkat pembuatan yang lain seperti mencanting, menerap, mewarna dan merebus turut dapat disingkatkan tempohnya berbanding kaedah tradisi.

“Proses memindahkan linut dan tanah liat pada kain mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.

“Selain itu, aspek keselamatan juga terjamin berbanding proses mencanting atau melilin yang menuntut kemahiran dan kecekapan seseorang untuk mengawal suhu panas lilin,” katanya ketika ditemui dalam Kempen Ini Batik Malaysia di Kompleks Kraf, baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya