Tudung pastel buat wanita Malaysia nampak penat

Tudung pastel buat wanita Malaysia nampak penat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARNA pastel menjadi trend fesyen di seluruh dunia kerana dianggap mampu menyerlahkan keanggunan wanita.

Penggunaan rona lembut ini bukan sahaja menyuntik elemen feminin, malah membolehkan seseorang tampil lebih elegan dan minimalis.

Pastel yang sinonim sebagai warna selamat, sesuai digayakan ke semua acara sama ada formal atau bersantai.

Kerana itulah warna ini sentiasa muncul dalam setiap koleksi pereka tempatan dan jenama-jenama terkenal termasuk Marc Jacobs.

Walaupun pastel digemari pelbagai peringkat usia, hakikatnya warna ini tidak sesuai untuk tona kulit penduduk di Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Konsultan Colour Me Beautiful Malaysia, Michelle Chan berkata, pastel hanya sesuai untuk wanita barat yang memiliki warna kulit jenis soft iaitu sangat pucat dan cerah.

“Saya lihat ramai wanita di negara ini selesa menggayakan tudung, baju di samping solekan pastel, tetapi warna itu sebenarnya membuatkan mereka nampak kepenatan dan kusam.

“Dengan ciri wajah yang sharp dan kulit tan atau gelap, penduduk Malaysia seharusnya memanfaatkan kecantikan semulajadi mereka dengan memilih warna-warna dalam palet deep.

“Pemilihan warna yang lebih terang dan pekat seperti coklat, biru, merah, jingga dan hijau,
membuatkan penampilan seseorang menarik, lebih bersemangat serta bertenaga,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Kata Michelle, kebanyakan pelanggannya ‘mengadu’ terpengaruh membeli pakaian pastel kerana warna itu yang banyak dijual di pasaran.

Pada masa sama, mereka takut kelihatan menonjol jika memakai warna-warna terang dan berani.

Bagaimanapun, tudung pastel masih boleh dipakai, tetapi perlu disuaipadan dengan warna pekat mengikut kesesuaian kulit masingmasing.

KENAL PASTI GAYA
Walaupun berkulit tan dan gelap, tetapi bukan semua warna terang atau pekat sesuai untuk dipakai wanita tempatan.

Ujar Michelle, pemeriksaan analisis warna diperlukan untuk menentukan rona mana yang menaikkan seri wajah individu.

Proses itu dilaksanakan dengan menggunakan konsep teori warna.

“Saya akan melihat kepada tiga aspek iaitu warna rambut, mata dan kulit manakala bagi yang bertudung, pemeriksaan hanya tertumpu pada dua ciri terakhir.

“Daripada situ, saya dapat mengenal pasti warna dominan individu sama ada light, deep,
warm, cool, clear atau soft,” katanya.

Setiap tona kulit memerlukan penggunaan rona berbeza.

Pendekatan sama turut dilakukan kepada lelaki jika mahu menentukan rona yang sesuai.

“Semasa menganalisis warna, saya turut menilai gaya personaliti pelanggan kerana elemen itu sangat mempengaruhi dalam sesuatu pemilihan rona.

“Antaranya ialah gaya dramatik, romantik, klasik, natural dan city chic,” ujarnya.


DILARANG PAKAI HITAM
Michelle yang mendapat pentauliahan dari United Kingdom menjelaskan, menerusi prinsip teori warna
itu, penggunaan warna hitam sama sekali dilarang.

Sebaliknya, wanita Malaysia boleh memakai rona kelabu atau coklat yang cocok dengan kulit masing-masing.

“Elakkan tudung atau baju hitam, sebaliknya bermain dengan warna-warna untuk menonjolkan kecantikan asli anda,” katanya.

MANFAAT ANALISIS WARNA
Ramai generasi muda di seluruh dunia sanggup berhabis ribuan ringgit sematamata mahu menjalani analisis warna dengan perunding bertauliah di Korea.

Malah, perkhidmatan rundingan kecantikan itu turut merebak ke negara-negara lain termasuk Malaysia.

Michelle berkata, analisis warna mempunyai banyak manfaat antaranya menambah keyakinan diri, penampilan lebih menawan, menjadi individu baharu, mengetahui warna peribadi yang wow di samping memudahkan proses bersiap.

Selain itu, wanita juga dapat menjimatkan wang mereka kerana pemilihan warna pakaian
yang tepat lebih memudahkan urusan beli-belah. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya