Perjuangan, perjalanan hidup Shamsiah Fakeh

Perjuangan, perjalanan hidup Shamsiah Fakeh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMERDEKAAN tanah air tidak lengkap tanpa perjuangan golongan kiri atau mereka yang beraliran
sosialisme, namun malangnya, tidak ramai anak bangsa yang mengenali tokoh-tokoh pejuang kiri memandangkan mereka ini dikenali sebagai pengganas dan anti-British.

Shamsiah Fakeh merupakan antara sosok pemimpin pergerakan kemerdekaan wanita yang
cekal dan tabah.

Bermula daripada perjuangan atas pentas yang menyeru kepada kebangkitan rakyat jelata menghalau penjajah, hinggalah beliau masuk ke dalam hutan dan mengangkat senjata.

Semuanya dibuat semata-mata ingin membebaskan negara ini dari penjajah British yang sudah ratusan tahun menjarah dan meratah segala khazanah bumi tercinta kita.

Buku terbitan Gerak Budaya dalam bahasa Inggeris ini mencakupi sebanyak 25 bab yang
menumpukan kepada permulaan kehidupan Shamsiah Fakeh seperti latar belakang kehidupannya hinggalah dibuang negara serta perjuangannya bersama suami dari luar negara.

Naskhah ini bukan sahaja membuatkan anda berasa bersemangat untuk berjuang dan menghargai pejuang kita bahkan ia akan membuatkan pembaca menitiskan air mata mengenang keperitan dan kesengsaraan seorang wanita mengabdikan diri demi negara.

Tidak ada perkataan berhibur dalam kamus hidupnya.

Saya yakin buku ini dapat membuatkan pembaca duduk membaca sehingga habis dalam masa beberapa jam sahaja kerana setiap helaian dan bait perkataan tercatat dalam naskhah ini begitu santai.

Yang paling seronok, ia akan membawa pembaca membayangkan suasana yang diceritakan.

Selama ini kita hanya disajikan kisah-kisah tokoh pejuang kanan atau mereka yang pro kepada British
dan sememangnya ia tidak adil kerana meskipun pejuang-pejuang kiri itu berideologikan sosialisme,
mereka tetap adalah para pejuang kemerdekaan negara.

Buku ini sedikit sebanyak dapat membawa pembaca menyelami kisah keperitan dan cabaran pejuang kiri yang bukan sahaja kurang mendapat pengiktirafan bahkan dilihat sebagai musuh negara hanya
kerana mengangkat senjata melawan British. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya