Sunset merujuk kepada imej landskap matahari terbenam memainkan peranan utama dalam menghasilkan gambar.
Tetapi matahari bukan satu-satunya unsur utama, terdapat juga awan, landskap menarik dan latar hadapan yang boleh memberikan keseimbangan dalam mencipta gambar menakjubkan.
Apabila matahari turun ke langit, pemandangan mengubah penampilannya dengan pantas. Di mana jurufoto diberi peluang untuk merakam sebanyak mana foto dalam masa yang agak singkat.
Selain keindahan landskap, foto matahari terbenam juga menggabungkan perasaan dan emosi untuk mengundang penonton termenung seketika.
Ada tiga perkara asas perlu dipertimbangkan semasa merancang untuk melakukan sesi rakaman iaitu, masa, cuaca dan lokasi.
Anda tidak boleh berbuat apa-apa tentang masa matahari terbenam kerana ia terjadi pada waktu yang tepat setiap hari.
Walau bagaimanapun anda boleh melakukan yang terbaik untuk bersedia menghadapinya dan berada ditempat yang tepat pada masanya apabila warna ajaib mula muncul.
Ada banyak cara untuk mengetahui tempat dan masa, antaranya rujukan kalendar dan ramalan cuaca.
Rancang untuk tiba di lokasi dua jam sebelum matahari terbenam untuk anda mempunyai masa melakukan persediaan.
Ingat bahawa masa emas bermula sejam sebelum matahari terbenam dan memberi banyak peluang untuk merakam gambar terbaik.
Kemahiran teknikal dalam merakam foto matahari terbenam turut memainkan peranan penting.
Penggunaan aperture, ISO dan color temperature yang tepat, dapat membantu anda merakam foto mengagumkan.
Jika tidak menggunakan tripod pilih lensa dengan penstabilan imej optikal.
Namun, penggunaan tripod adalah digalakkan bagi mengelakkan gegaran pada kamera apabila merakam dalam keadaan cahaya yang gelap.
Penggunaan hud kanta juga adalah pilihan yang baik untuk mengelakkan pantulan cahaya masuk ke dalam lensa.