MASA kanak-kanak adalah masa yang paling menggembirakan.
Itulah saat untuk mereka bermain dan mencurahkan segala kreativiti tanpa sebarang kebimbangan sebelum mereka melangkah
ke alam dewasa.
Bagaimana pun, satu kajian global dilakukan jenama permainan kanak-kanak, LEGO baru-baru ini mendedahkan masa bermain
dalam kalangan kanak-kanak semakin berkurang.
Menurut kajian tersebut, secara purata kanak-kanak hanya meluangkan masa selama tujuh jam untuk bermain dalam seminggu.
Ini bermakna, masa bermain kanak-kanak itu hanyalah dua peratus dalam seminggu.
Manakala, satu dalam tiga kanak-kanak bersamaan dengan 32 peratus pula hanya meluangkan masa kurang daripada tiga jam untuk
bermain.
Berlainan pula dengan golongan dewasa yang menghabiskan masa selama 26 jam seminggu bermain telefon bimbit dengan purata
melebihi tiga jam sehari.
Penurunan masa bermain itu mencetuskan kegusaran dalam kalangan pakar kerana ia boleh mempengaruhi kebolehan kognitif dan
perkembangan secara keseluruhan.
MEMBESAR LEBIH BAIK
Hal ini kerana bermain secara tidak langsung dapat membantu kanak-kanak membesar dengan lebih baik
dan menggembirakan.
Malah, kajian yang membabitkan 21,180 ibu bapa yang mempunyai anak berumur enam hingga 12 tahun itu turut mendapati 70 peratus ibu bapa lebih mengutamakan permainan yang berasaskan pencapaianberbanding membiarkan anak bermain untuk semata-mata berseronok.
Menyedari kegusaran itu, jenama itu melancarkan kempen Play is Your Superpower bertujuan untuk menangani permasalahan itu. Bersama-sama dengan sokongan Skuad Play global, Kumpulan LEGO memberi inspirasi kepada keluarga untuk kembali mengutamakan masa bermain, menekankan kepentingannya dalamperkembangan kanak-kanak dan peranannya dalam membawa keseronokan kepada keluarga di seluruh dunia.
Profesor Permainan di Universiti Cambridge, Dr. Paul Ramchandani berkata, sememangnya tidak dinafikan aktiviti berasaskan pendidikan dan kemahiran mempunyai kelebihan yang sangat besar, namun bermain juga mempunyai nilai istimewa bagi kanak-kanak.
“Dengan bermain kanakkanak boleh mengasah kemahiran diperlukan yang membantu meningkatkan perkembangan minda.
“Jika anak-anak ada masa yang mencukupi mereka boleh mengembangkan kemahiran termasuk kreativiti, keyakinan, penyelesaian masalah dan komunikasi yang akan membantu mereka mencapai potensi penuh pada masa hadapan,” katanya.
HILANG KEMAHIRAN
Naib Presiden Pembangunan Jenama Kumpulan Lego, Alero Akuya berkata, jika tiada sesuatu yang dibuat pada masa ini, kita akan melihat generasi yang kehilangan kemahiran penting pada masa akan datang.
“Melalui kempen ini kami mahu mengubah cara orang dewasa melihat masa bermain dalam kalangan anak-anak sebagai sesuatu yang sangat bermanfaat supaya mereka mengutamakan ia dalam kehidupan berkeluarga.
“Ia sepatutnya sama penting seperti membacakan mereka buku sebelum tidur atau membantu mereka makan dengan baik untuk kesihatan mereka,” jelasnya lagi.