Kalau skrip bagus, saya tidak kisah soal bayaran - Zizan Razak - Utusan Malaysia

Kalau skrip bagus, saya tidak kisah soal bayaran – Zizan Razak

ZIZAN semakin menitikberatkan penjagaan kesihatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zizan Razak tidak lagi meletakkan bayaran sebagai keutamaan sebaliknya memilih skrip dan tawaran karakter yang bagus bagi sesebuah naskhah.

Menurut Mohd Razizan Abdul Razak, 39, dia terbuka untuk berlakon di dalam sebuah projek dengan bajet yang kecil asalkan menjanjikan sebuah skrip dan naskhah berkualiti.

“Soal harga, memang pengurus saya yang berurusan dengan pihak produksi.

“Tapi sejujurnya, kalau saya sudah berkenan dengan skrip, saya tidak kisah untuk berlakon walaupun produksi memiliki bajet yang rendah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Bagi Pelawak Lelaki Paling Popular Anugerah Bintang Popular 2010 itu, kepuasan utamanya kini adalah mencari karakter yang boleh memberikan kelainan berbanding watak yang pernah dibawanya sebelum ini.

“Saya akan ambil tawaran sekiranya watak yang diberikan itu memang betul-betul karakter yang saya ingin bawakan. Sebelum ini saya pernah membintangi sebuah drama yang memerlukan saya menangis.

“Saya tidak sentuh sangat tentang bajet. Kepuasan saya ialah pada nilai lakonan,” tambahnya.

Zizan turut memberi contoh bagaimana dia senang hati terlibat bagi sebuah projek drama untuk Astro Ceria bertajuk Super Wira walaupun hanya muncul menerusi dua babak.

“Drama super hero seperti ini akan memberi impak kepada anak-anak. Saya ingin beri kejutan kepada mereka walaupun kemunculan saya tidak banyak.

“Kedua, saya juga sudah lama tidak bekerja bersama Ghaz Abu Bakar,” tambahnya.

Super Wira menceritakan tentang seorang adiwira bernama Kapten Gemilang yang jalan ceritanya diolah dengan elemen kenegaraan. Turut sama menjayakan drama bersiri tujuh episod ini ialah Beto Kusyairy, Nadhir Nasar, Arena Wan, Mira Filzah dan Ezzaty Abdullah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya