Calon peperiksaan perlu kawal emosi

Calon peperiksaan perlu kawal emosi

PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia 2023 akan bermula pada 5 Disember ini iaitu ujian amali sains dengan kertas terakhir pada 7 Mac 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIAP kali musim peperiksaan, ada sahaja insiden kurang enak dilakukan pelajar akibat rasa kecewa terhadap sesuatu perkara.

Bila mendapati kertas soalan terlalu sukar atau kerana keterujaan menamatkan alam
persekolahan, ada yang sanggup membakar buku dan menconteng pakaian seragam di samping merosakkan harta sekolah.

Sebelum ini ada insiden calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengeluarkan katakata kesat terhadap pembuat kertas soalan Sejarah di samping menghina Singapura.

Tindakan pelajar itu yang tular menerusi rakaman video di media sosial, mengundang padah apabila ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Zuwati Hasim berkata, kegagalan pelajar mengawal emosi menyebabkan mereka hilang kewarasan dan rasa malu sehingga tidak mengendahkan masyarakat sekeliling.

Katanya, pelajar yang menduduki peperiksaan, umumnya akan melalui fasa yang menyebabkan mereka
gemuruh, gundah, tertekan, gelisah, takut dan bimbang.

Ujarnya, fenomena itu lazim berlaku kesan daripada peperiksaan taruhan tinggi yang diambil kerana masingmasing meletakkan harapan terbaik untuk mendapat keputusan cemerlang.

“Harapan tinggi diletakkan ibu bapa, ahli keluarga dan guru, sekali gus memberikan lebih tekanan kepada pelajar.

“Malangnya kawalan emosi merupakan kemahiran yang jarang diberi perhatian sedangkan
ia perlu didedahkan kepada pelajar sejak kecil lagi bagi mengekang sebarang perkara
di luar kawalan dan batasan,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

PATUH ARAHAN
Zuwati menyarankan calon-calon yang sedang mahupun bakal menamatkan peperiksaan agar mematuhi beberapa panduan dan adab digariskan.

Katanya, pelajar perlu menanamkan sifat sabar di samping belajar menghormati dan menghargai diri serta masyarakat sekeliling.

Ujarnya, pelajar yang mempunyai rasa hormat dan menghargai ilmu, sudah tentu tidak sanggup melakukan sesuatu perbuatan sumbang seperti melempar apatah lagi membakar buku kerana bahan berkenaan boleh dikongsi atau diberikan kepada rakan lain yang memerlukan.

“Pelajar perlu sentiasa prihatin apakah tindakan diambil memberi kebaikan atau kemudaratan kepada diri, keluarga, sekolah dan masyarakat.

“Pastikan akal yang menguasai diri, kekal berdisiplin dan fokus kepada perkara yang positif berbanding negatif,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Kluster Pembangunan Profesional) E-Kaunseling Perkhidmatan Awam, Dr. Rusni A. Ghani berkata, tingkah laku pelajar yang devian perlu ditangani segera kerana berpotensi untuk diulangi hingga mengundang masalah kepada diri, keluarga,
masyarakat dan negara.

Katanya, tingkah laku itu dalam masa sama memberi isyarat wujudnya isu kefungsian dalam sistem
keluarga di samping masalah lain seperti pengurusan psikologi, rakan sebaya dan keciciran akademik.

“Kesan kejadian ini bertambah serius dengan pengaruh media sosial yang bukan sahaja memberi impak kepada diri pelajar, malah keluarga, rakan, sekolah dan masyarakat.

“Pelajar terlibat sangat memerlukan sokongan emosi terutama ketika sedang menduduki peperiksaan,
namun untuk menghapuskan tingkah laku salah itu akan mengambil masa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya