11 mitos tentang kanser payudara

11 mitos tentang kanser payudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SATU daripada 20 wanita berisiko mendapat kanser payudara dengan 23 kes baharu dilaporkan setiap hari di negara ini.

Penemuan yang cukup menakutkan, namun hakikatnya, masih ramai yang kurang faham tentang
penyakit itu hingga timbul pelbagai persepsi negatif dan mitos mengenainya.

Pakar bedah payudara, endokrin dan am Hospital Thomson Kota Damansara, Dr. Zamzuri Zakaria berkata, biar apa pun pandangan, pesakit perlu merujuk pada doktor pakar bedah payudara mengenai simptom dialami.

“Usah buat andaian sendiri atau percaya maklumat di media sosial sebelum menjalani pemeriksaan
khusus,” katanya.

Beliau turut menyenaraikan 11 mitos mengenai kanser payudara yang masih menghantui fikiran masyarakat hingga kini.

 

Hanya serang golongan pertengahan
-Walaupun kes tinggi dalam kalangan wanita berusia antara 50 hingga 70 tahun tetapi ada juga pesakit yangberumur bawah 40 tahun.
-Kajian mendapati kira-kira 15 peratus kes kanser payudara di negara ini dikesan pada usia kurang 40 tahun.
-Lelaki turut berisiko untuk mendapat kanser ini.

 

Sejarah keluarga
-Sebanyak 85 peratus wanita yang dikesan mengalami kanser payudara tidak mempunyai sejarah
keluarga atau faktor-faktor risiko.
-Hanya 10 hingga 15 peratus kes didapati melibatkan sejarah keluarga.
-Faktor genetik tidak semestinya melibatkan kanser payudara, malah kanser-kanser lain boleh menyumbang kepada penyakit ini.

 

Kanser penyakit berjangkit
-Penyakit ini tidak berjangkit antara satu sama lain seperti simptom selsema.
-Bagaimanapun, ada beberapa bakteria atau virus kanser yang boleh berjangkit seperti Human Papilloma Virus (kanser serviks) dan hepatitis B serta C (kanser hati).

 

Saiz payudara besar tingkat risiko
-Dakwaan kononnya saiz payudara besar akan meningkatkan risiko kanser adalah salah.
-Ukuran saiz payudara bukan penyebab berlaku kanser.
-Kebanyakan kanser payudara bermula pada kelenjar.

 

Coli berdawai, deodoran dan bedak
-Bra berdawai dan ketat sering dikaitkan dengan kanser payudara kerana kononnya menghalang
pengaliran toksin.
-Manakala penggunaan deodoran dan bedak pula didakwa mengandungi bahan kimia penyebab kanser payudara.
-Kesemua mitos itu adalah salah.

 

Pemeriksaan sendiri payudara
-Walaupun pemeriksaan sendiri payudara normal, tidak bermakna anda bebas daripada kanser.
-Anda masih perlu merujuk kepada pakar untuk pemeriksaan klinikal.
-Bagi yang berusia bawah 30 tahun, disarankan berjumpa doktor jika mengesan sebarang perubahan pada payudara.

 

Benjolan tanda kanser
-Jangan terlampau panik atau takut kerana bukan semua benjolan bersifat kanser.
-Kajian mendapati kurang daripada 15 peratus benjolan pada payudara dikesan kanser.
-Persepsi kononnya benjolan sakit adalah kanser manakala yang tidak sakit pula bukan kanser, adalah salah.
-Langkah terbaik adalah berjumpa doktor bagi mendapatkan kepastian.

 

Mamogram cegah kanser
-Mamogram tidak dapat mencegah kanser, sebaliknya dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit itu.
-Saringan ini membantu mengesan kanser pada peringkat awal, sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun sebelum, malah pesakit mungkin terhindar daripada rawatan kemoterapi dan sebagainya.
-Radiasi mamogram tidak memudaratkan pesakit kerana melibatkan dos kecil sahaja.

Kanser merebak kerana biopsi
-Kanser tidak merebak ke bahagian lain menerusi pembedahan biopsi.
-Kanser merebak disebabkan sel kanser.

 

Stres dorong kanser
-Tiada kajian yang mendakwa stres mendorong kepada kanser payudara.
-Sebaliknya stres membawa kepada gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan minum minuman keras
yang boleh meningkatkan risiko penyakit ini.

 

Kanser bawa maut
-Kanser bukan penamat riwayat anda kerana dengan rawatan yang makin maju, ramai pesakit
berjaya melawan penyakit itu.
-Jika didiagnos awal, peluang untuk sembuh adalah tinggi.
-Kajian mendapati kadar kelangsungan hidup selama 10 tahun untuk kanser payudara kini mencecah 95
peratus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya