Tiada jalan pintas untuk sihat

Tiada jalan pintas untuk sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARANGKALI ramai mencebik apabila insan ternama dan popular tanpa segan silu memberitahu kepada umum melakukan rawatan bariatik.

Selain tanggapan peminat ‘buat sebab nak cantik’, mereka juga sering disalah ertikan sebagai mahu kurus menggunakan jalan pintas.

Bagi penyanyi, Ziana Zain, 55, rawatan bariatik dilakukan bukan semata-mata untuk kurus, sebaliknya dilakukan atas faktor kesihatan iaitu mahu sembuh daripada gastrik kronik yang dideritainya sejak sekian lama.

Pelantun lagu Madah Berhelah ini mengakui buntu memikirkan penyakitnya dialami biarpun sentiasa berdisiplin dalam mengawal pemakanan dan gaya hidup.

“Pada 2018, saya diserang gastrik sampai tidak boleh bernafas, saya sangka sudah sampai ajal.

“Apabila elak makanan tertentu, gastrik saya okay tetapi ia datang balik dan paling dahsyat apabila bahagian dada kiri sering sakit hingga menyangka diserang penyakit jantung,” katanya dalam sesi perkongsian cerita mengenai perjalanan bariatrik di ibu kota baru-baru ini.

Program anjuran pakar bariatrik, Dr. Mustafa Mohammed Taher itu turut dihadiri selebriti Datuk Ziela Jalil dan Zarina Zainuddin.

Ziana berkata, sebelum pembedahan dibuat pada April tahun lalu, beratnya adalah 64 kilogram dan kini, 50.6 kilogram.

“Saya bersyukur sembuh daripada gastrik di samping memiliki bentuk badan idaman.

“Saya masih makan nasi tetapi tidak hentam kromo dan mengelak hidangan manis yang boleh buat berat badan bertambah.

“Paling penting, kena jaga pengambilan protein dan karbohidrat,” kongsinya.

 

Sering muntah

Lain pula pengalaman dilalui Datuk Khadijah Ibrahim yang berdepan masalah ulu hati hingga sering muntah sama ada ketika makan, bersolat mahupun berdiri.

Penghibur berusia 63 tahun itu menjalani pembedahan potong usus pada 2020 kerana enggan hidup dalam kesakitan berpanjangan.

Katanya, selain sihat daripada penyakit, berat badannya turut turun kepada 72 kilogram (kg) berbanding 90 kg sebelumnya.

“Kalau orang tanya macam mana kurus, saya tidak sorok hakikat buat bariatrik. Saya beritahu kebenaran sebab mahu tolong orang ramai agar mereka juga dapat hidup sihat.

“Daripada berhabis RM5,000 sebulan beli ubat kurus, lebih baik lakukan pembedahan bariatrik,” katanya yang enggan memikirkan cakap orang sekeliling, sebaliknya hanya mahu memikirkan kesihatan diri sendiri. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya