Celik politik elak ditipu dalam Politik Untuk Pemula

Celik politik elak ditipu dalam Politik Untuk Pemula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERKENAL dengan perkongsian artikel-artikel ilmiah berkisarkan politik tempatan dan antarabangsa di platform media sosial, Ayman Rashdan Wong terus mendapat perhatian netizen.

Daripada tak minat politik, terus jadi minat. Menakjubnya, Ayman mampu mengolah sesebuah teori atau ideologi itu dengan penulisan santai dan bahasa ringan namun tidak tersasar.

Penulis mampu menjadikan subjek politik yang rumit di universiti menjadi mudah dan bersesuaian untuk setiap orang tak kira latarbelakang dan status.

Pegawai tadbir dan diplomatik berusia 30-an ini merupakan graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan hubungan antarabangsa.

Penulisan-penulisan beliau di media sosial dikumpulkan dan dijadikan naskhah buku keluaran Patriots Publishing dan pernah memenangi Anugerah Buku Negara 2019 bagi kategori buku umum bukan fiksyen (geopolitik) terbaik.

Buku ilmiah karangannya bukan sahaja menjadi rujukan warga kita yang ingin celik dalam politik tetapi warga asing juga sehingga ada bukunya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan bahasa Korea.

Buku Politik Untuk Pemula ini, amat disarankan kepada sesiapa yang ingin mula menerokai dunia politik dari awal.

Sebagai seorang lepasan Ijazah Sarjana dalam Perhubungan Antarabangsa, saya melihat buku ini berjaya menyimpulkan kesemua perbahasan politik penting terutama membabitkan terma-terma politik dan ideologi dengan baik sekali.

Pembaca dapat memahami dengan mudah tentang gerak kerja, strategi dan perangkap seseorang ahli politik namun mampu mengeluarkan diri daripada perangkap tersebut.

Umpamanya, mengapa ahli politik sukar tunai janji?

‘Persoalan’ ini hanya mampu dijawab jika kita mempunyai asas pengetahuan tentang institusi, ideologi dan prinsip dalam politik.

Hanya dengan beberapa persoalan, hati anda pasti terjentik untuk mula membuka lembaran demi lembaran naskhah ini.

Politik Untuk Pemula mengongsikan 26 persoalan antaranya, Kenapa Manusia Berpolitik? Kenapa Ada Negara? dan Kenapa Ada Kerajaan?.

Begitu juga dengan perbahasan berkenaan ideologi-ideologi terkenal dunia seperti Liberalisme, Konservatisme, Sosialisme, Nasionalisme dan Fasisme.

Antara kata Ayman dalam bab pendahuluan: “Kebanyakan individu mendominasi perbincangan politik dalam media massa ialah peguam dan pakar perundangan.

“Walaupun mereka pakar dan autoriti dalam menafsir undang-undang dan memberitahu sama ada sesuatu tindakan ahli politik menepati perlembagaan atau tidak, mereka tidak dapat menerangkan kenapa berlakunya kemelut politik dan bagaimana untuk mewujudkan kestabilan politik,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya