Sushi daging

Cara baharu nikmati sushi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sushi bukan hidangan yang asing di negara ini. Makanan kebangsaan dari negara matahari terbit itu semakin popular di negara ini dengan banyak premis makanan menawarkan hidangan itu ketika ini.

Biarpun sering dihidangkan dengan makanan laut seperti salmon dan tiram, namun sebenarnya ia juga enak dipadankan bersama daging.
Cef Eksekutif Jepun dari kumpulan restoran Tung Lok di Singapura, Cash Fong berkata, bebiri muda atau daging dalam sushi sememangnya jarang diketahui atau dijumpai.

Namun sebenarnya, ia memberikan satu lagi dimensi rasa yang menarik kepada sushi dan onigiri.

Kata Cef, hidangan daging lebih sesuai di negara Asia seperti Malaysia dan Singapura yang lebih gemarkan daging berbanding hidangan ikan mentah yang kebiasaannya dimakan bersama sushi.

Ujarnya, tiada sebarang teknik diperlukan sebaliknya pemilihan daging yang betul memainkan peranan penting dalam penyediaan hidangan.

“Sebenarnya, tiada teknik tertentu untuk mendapatkan hasil masakan daging yang enak, yang penting adalah pemilihan daging yang berkualiti,” katanya.

Beliau yang berpengalaman selama 25 tahun dalam bidangan masakan itu, ditemui pada program Masterclass membuat sushi dengan menggunakan daging lembu dan bebiri muda anjuran Daging & Ternakan Australia (MLA).

Ujarnya, daging yang berkualiti tinggi memiliki rasa yang tersendiri dan tidak memerlukan rencah yang banyak.

“Seperti anda lihat hari ini, kebanyakan hidangan dihasilkan hanya menggunakan lada sulah dan garam untuk membangkitkan rasa,” katanya.

DAGING CINCANG

Pada progam berkenaan, beliau turut menunjukkan kaedah membuat sushi yang betul menggunakan daging cincang.

Daging yang dimasak terlebih dahulu dengan lada sulah dan garam serta beberapa rencah seperti bawang merah haruslah tidak terlalu berkuah atau berair bagi mengelakkan hasil sushi yang tidak cantik.

“Daging yang dimasak sehingga kering akan membantu sushi menjadi cantik dan teksturnya juga tidak terganggu,” jelasnya sambil menunjukkan cara membuat sushi gulung, onigiri dan inari.

Hidangan istimewa lain turut dihasilkan daripada daging keluaran MLA ialah Platter Rasa Wagyu Australia, Wagyu Tataki Australia, Stik Kohitsuji Miso (bebiri muda Australia) dan Stik Wasabi Australia.

Tambah Pemenang Anugerah Masterchef Singapura itu lagi, untuk menikmati daging yang benar-benar lazat, cara memotong daging juga haruslah betul.

“Kaedah potongan daging dan ikan, sangat tidak sama. Malah, tidak semua cef yang dapat menguasai kedua-kedua kemahiran dalam masa yang sama.

“Anda perlu memotong daging dengan berhati-berhati. Jika memotong cara salah dengan memasukkan sekali urat di dalam potongan daging maka ia akan memberi kesan buruk kepada tekstur daging apabila dimasak,” katanya.

Daging berkualiti Daging lembu Australia Grassfed dikatakan mempunyai rasa yang mantap, bersahaja dan tekstur yang sangat baik.

Pesuruhjaya Perdagangan Australia bagi Malaysia dan Brunei, Melanie Harris melahirkan rasa syukur kerana kedua-dua negara ini telah menikmati hubungan perdagangan yang berkembang pesat terutama dalam bidang makanan dan pertanian.

“Rasa daging lembu dan kambing Australia mendapat tempat yang istimewa di hati rakyat Malaysia.

“Sebagai makanan berkhasiat semulajadi, daging lembu yang diberi makan rumput dilihat sebagai komponen penting untuk diet yang sihat, secara semulajadi rendah lemak dan kolesterol,” katanya.

Ia mengandungi 12 nutrien penting diperlukan untuk kesihatan yang baik, termasuk vitamin Zat Besi, Zink, Omega-3 dan B.

Daging lembu Australia yang diberi bijirin termasuk daging lembu Wagyu Australia berasal daripada lembu yang telah diberi makanan seimbang daripada segi pemakanan dan bercatuan tenaga tinggi untuk tempoh tertentu.

Bebiri muda Australia pula diternak di padang rumput, menghasilkan daging tanpa lemak yang berkhasiat serta mengandungi 12 nutrien penting yang sama seperti daging lembu Australia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya