PENYANYI dan pelakon Ariana Grande mendedahkan dia telah berhenti daripada menggunakan lip filler dan suntikan Botox sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Ketika tampil untuk rakaman video dengan Vogue, Ariana berterus terang mengenai rahsia kecantikannya, dan bagaimana hubungan kait dirinya dan bahan untuk kecantikan telah berubah dari semasa ke semasa.
Dia sebelum ini tidak pernah mendedahkan sama ada pernah menjalani sebarang prosedur kosmetik.
Membesarkan di bawah limpahan perhatian umum sebagai selebriti di mana setiap penampilan akan diberi tumpuan, perhatian dan penelitian sejak usia muda dia berkata, “sangat sukar untuk mengetahui apa yang patut didengar dan tidak.”
Semasa memakai solek untuk sesi video itu, Grande, kini berusia 30 tahun, menjelaskan bahawa dia sering menghiasi penampilan kecantikannya dengan rambut yang lebih besar atau celak yang lebih tebal “sebagai penyamaran atau sesuatu untuk disembunyikan di belakang,” tetapi apabila dia semakin tua dia tidak “suka”dengan niat di sebalik semua itu, tetapi lebih memikirkannya “sebagai ekspresi diri dan menonjolkan apa yang ada”.
Sambungnya, dia menggunakan prosedur kosmetik dengan cara yang sama. “Saya mempunyai satu tan lip filler selama bertahun-tahun, dan Botox. Saya berhenti pada 2018 kerana saya berasa ia sangat dan terlalu banyak,” katanya.
“Untuk masa yang lama, kecantikan adalah tentang menyembunyikan sesuatu, tetapi sekarang mungkin tidak lagi.
“Saya mahu melihat garis tangisan dan garis senyuman saya. Saya harap garis senyuman saya semakin dalam dan lebih dalam. Penuaan boleh menjadi sesuatu yang indah,” katanya.
Walaupun kelaziman suntikan dan rawatan kecantikan dalam kalangan figura terkenal adalah rahsia terbuka di Hollywood, namun agak luar biasa bagi selebriti untuk memberitahu tentang cara mereka mengubah penampilan — walaupun dengan prosedur yang kurang invasif dan diterima secara meluas.
Beberapa bintang, seperti Chrissy Teigen dan Cindy Crawford, jujur bercakap tentang penambahbaikan ‘kecantikan’ melalui kaedah kosmetik.
Tahun ini, Blac Chyna telah mengambil tindakan yang lebih berterus terang, apabila menggunakan media sosial untuk mendokumentasikan proses selama berbulan-bulan melarutkan pengisi muka di bibir, pipi dan rahangnya. – CNN