Picky eater

Anak memilih makan: Penyakit atau normal?

Khairunnisa' Mohamad Khalil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“MASA bayi dulu elok saja makan semua, sudah besar ini susah betul mahu makan.”

Itu antara keluhan biasa kedengaran daripada ibu-ibu yang memiliki anak kecil memilih makanan atau picky eater.

Anak hanya makan makanan tertentu yang menjadi pilihannya sahaja dan sering menolak makanan lain terutamanya makanan seimbang sehingga membuatkan si ibu gundah gulana.

Ibu, jangan risau. Menurut perkongsian daripada Pakar Pediatrik, Pusat Perubatan ParkCity, Dr. Khairunnisa’ Mohamad Khalil, anak yang memilih makan bukan masalah yang memerlukan diagnosis secara perubatan.

Sebaliknya ia lebih kepada peringkat perkembangan normal.

PICKING EATING VS EATING DISORDER

“Bayangkan, seperti fasa rock and roll yang kita semua alami semasa remaja. Kanak-kanak berumur enam tahun yang enggan makan sayur-sayuran adalah perkara biasa. Tetapi kita perlu tahu membezakan antara picky eating dan gangguan pemakanan (eating disorder). Dapatkan pandangan doktor pakar kanak-kanak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Memilih makanan menggambarkan kecenderungan kanak-kanak yang kuat terhadap makanan tertentu, sama seperti bagaimana orang dewasa memilih kopi.

Namun, ia boleh menjadi masalah apabila kanak-kanak terhad kepada hanya beberapa jenis makanan.

“Rasa, tekstur, atau jenis makanan tertentu adalah antara faktor yang mendorong tabiat ini.

“Biasanya, ini bermula apabila anak berumur satu hingga dua tahun. Bagaimanapun ini adalah tindak balas semulajadi dan bukan salah anda sebagai ibu bapa. Ini seperti kanak-kanak mencari identiti mereka sendiri melalui pakaian atau muzik,” jelasnya lanjut.

PUNCA CEREWET MAKAN

Mengenai punca terjadinya senario sedemikian, kata pakar yang berpengalaman selama 15 tahun ini, ia boleh berpunca daripada perubahan pelbagai faktor.

“Daripada perubahan dalam selera makan hingga isu perubatan.

“Kadang-kala, seperti kita yang enggan mencuba sushi yang baru, kanak-kanak juga mungkin teragak-agak untuk mencuba makanan yang berbeza,” ujarnya memberi contoh.

Justeru, katanya, ibu bapa tidak perlu terlalu khuatir memikirkan situasi berkenaan kerana kajian menunjukkan bahawa memilih makanan biasanya tidak mempengaruhi kesihatan kanak-kanak jangka panjang.

Paling penting adalah ibu bapa perlu peka membezakan antara memilih makanan dengan gangguan pemakanan yang sebenar.

Selain itu, dalam menangani isu ini katanya, ibu bapa perlu memahami dan mengetahui makanan yang disukai oleh anak.

“Seperti kita menghadapi teman yang mementingkan kualiti kopi, bersabarlah dengan pilihan makanan mereka dan teruskan pendekatan positif,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya