Biasanya botol plastik dikitar semula menjadi bahan kreatif untuk menjaga kelestarian alam tetapi bagaimana pula bila botol plastik dikitar semula menjadi tudung? Jenama air mineral, Spritzer bekerjasama dengan TudungPeople, menghasilkan selendang edisi terhad yang diperbuat daripada botol plastik dikitar semula. Lapan botol plastik dikitar semula bagi menghasilkan satu selendang dengan inspirasi reka bentuk daripada botol minuman itu. Koleksi Edisi Terhad bertemakan hutan hujan menawarkan selendang dan scrunchie (pengikat rambut) dengan imej indah flora hutan hujan dengan warna biru firus sebagai latar belakangnya. Motif bunga orkid, paku-pakis dan monstera menghiasi selendang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya