Idea meletakkan sepotong kuih bingka ubi yang kuning terang warnanya dikelilingi bunga-bungaan, pada sepasang baju mencipta keunikan yang ‘menangkap’ mata. Bagaimanapun, ia tidak sekadar motif dalam meraih perhatian. Lebih daripada itu ia adalah simbolik, bagaimana sesuatu sajian itu mampu bertahan dan diwarisi masyarakatnya. Pengasas BingkaKL, Adrihana Rashid berkata, makanan menjadi tema lantaran ia menggambarkan keaslian Malaysia dan antara elemen penyatuan. “Menarik sungguh apabila melalui makanan ia boleh diperturunkan daripada generasi ke generasi. Ia tidak akan pupus kalau kita tahu menghargainya,” katanya pada pelancaran LILIT x BingkaKL Comeback Set baru-baru ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya