Inisatif tingkat pendidikan anak Orang Asli

Inisatif tingkat pendidikan anak Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERKEMBANGAN akademik masyarakat Orang Asli sering didakwa terkebelakang kerana faktor kewangan di samping sumber pendidikan terhad.

Namun, situasi itu berubah apabila seramai 140 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Judah di Selangor didedahkan dengan program kelas tambahan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira menerusi kempen We Care For Children Education.

Inisiatif yang bertujuan menyokong pendidikan dan pembelajaran golongan sasar itu membabitkan penajaan berjumlah RM50,000.

Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn. Bhd., Lim Mei Yuen berkata, program itu akan membantu murid menguasai kemahiran 3M sekali gus memperkasakan minat mereka dalam pelajaran.

“Sebanyak tujuh unit televisyen (TV) diod pemancar cahaya (LED) disumbangkan bagi meningkatkan suasana pembelajaran dan memupuk modul pendidikan digital yang lebih menarik,” katanya.

Sekolah berkenaan turut menerima peralatan muzik bagi melengkapkan murid dengan kemahiran baharu.

Guru besarnya, Shamsul Fadilah Asmara berkata, penubuhan orkestra mini di sekolah itu memupuk daya kreativiti dan inspirasi dalam kalangan murid.

“Setiap kanak-kanak berhak mendapat pendidikan berkualiti.

“Inisiatif ini bukan sahaja dapat menyemarakkan semangat murid, bahkan menggalakkan mereka hadir ke sekolah sekali gus membuka pintu kepada masa depan yang lebih cerah,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya