Green Camp diperluas ke IPT

Green Camp diperluas ke IPT

ROSLI Abdullah (empat dari kanan) dan Ismail Hasim (empat dari kiri) bergambar bersama para peserta pada Majlis Perasmian Penutup Program Green Camp Melaka 2023 di Pengkalan Balak, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Program Green Camp anjuran Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) akan diperluaskan ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) pada tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ismail Hasim berkata, buat masa ini program yang dimulakan pada 2021 itu hanya untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

Menurut beliau, terdapat permintaan pelbagai pihak agar program sedemikian turut diwujudkan khusus untuk pelajar IPT.

“Green Camp dianjurkan secara berkala sejak 2021 yang mana setiap tahun sebanyak dua program akan diadakan iaitu untuk sekolah rendah dan menengah. Saya telah memohon supaya program ini diperluaskan kepada pelajar IPT termasuk kemungkinan penglibatan komuniti setempat.

“Tahun ini kita akan buat satu lagi program untuk sekolah menengah. Jika berkesempatan dan mempunyai peruntukan yang mencukupi, kita akan buat untuk peringkat IPT pula,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutup Program Green Camp Melaka 2023 di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rosli Abdullah.

Sementara itu, Rosli berkata, kerajaan negeri berharap lebih banyak program berkaitan jati diri atau alam sekitar dianjurkan pada masa akan datang.

Katanya, pendedahan peringkat awal sangat penting dalam mencorakkan kehidupan para pelajar setelah dewasa kelak.

“Memang menjadi harapan kerajaan negeri kalau boleh banyakkan program melibatkan penjagaan alam sekitar atau apa sahaja berkaitan jati diri. Kalau di peringkat awal lagi kita tidak beri penekanan, mungkin pelajar tidak mempunyai pengetahuan asas tentang alam sekitar. Justeru, program seperti ini mereka mendapat asas untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam kehidupan serba mencabar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya