Gen Z kurang patriotik?

Gen Z kurang patriotik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KURANG dua minggu, Malaysia akan meraikan Hari Kebangsaan yang ke-66.

Namun, bahang sambutannya masih kurang dirasai terutama dalam kalangan orang muda.

Paling menggusarkan apabila generasi Z didakwa tidak begitu memahami tentang sejarah negara bangsa.

Hal itu kerana golongan berkenaan lebih banyak disumbatkan dengan hiburan yang mudah diakses pada bila-bila masa.

Malah, generasi Z yang dilahirkan antara tahun 1997 hingga 2012 didapati gemar menghabiskan masa dengan telefon pintar.

Pensyarah Kanan di Unit Sejarah dan Kenegaraan, Pusat Pengajian, Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia (UUM), Jazliza Jamaluddin berkata, pendedahan kepada gajet dan media sosial sejak kecil dibimbangi mampu mempengaruhi minda dan kematangan berfikir golongan itu.

Buktinya, berita dan maklumat yang diperolehi di hujung jari kadangkala lebih dipercayai generasi Z.

“Hasil kajian yang saya lakukan mendapati mereka lebih menyenangi jika elemen berunsurkan sejarah disajikan melalui platform digital seperti video.

“Namun, video peristiwa sejarah itu perlu berdurasi singkat dan menarik termasuk berwarna,” katanya baru-baru ini.

Jazliza berkata, visual hitam putih membuatkan golongan sasar lekas rasa bosan.

Kurang minat sejarah
Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang konvensional dengan hanya bergantung kepada slaid didakwa menyebabkan generasi Z kurang minat untuk mempelajari sejarah.

Justeru, guru-guru perlu lebih kreatif dan dinamik ketika menyentuh tentang perjuangan kemerdekaan agar penyampaian tidak bersifat statik.

Tegas Jazliza, menjiwai perasaan generasi Z bukan bermaksud mengikuti kemahuan mereka, sebaliknya transformasi itu sejajar dengan suasana masa kini.

“Inilah cabaran yang perlu dihadapi untuk memupuk semangat kemerdekaan dalam kalangan generasi Z di abad ke-21 kerana mereka begitu hampir dengan dunia digital, sedangkan peristiwa pensejarahan semakin jauh dengan kehidupan.

“Bagi memastikan golongan itu tidak leka dengan pengaruh teknologi digital, maka pihak terlibat perlu memainkan peranan masing-masing dalam menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara,” katanya.

Jazliza berkata, negara tidak akan ketandusan pemimpin masa depan jika generasi Z mempunyai asas kenegaraan yang kukuh bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya