HUJUNG minggu lalu, nama Saw Jane Harn, 9, menjadi sebutan ramai kerana muncul johan Pertandingan Rekaan Hot Wheels X Proton Kanak-Kanak 2023. Kejayaan tersebut membolehkan murid tahun tiga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Beng Teik Pusat, Pulau Pinang itu dinobatkan sebagai pemenang pertama seumpamanya di dunia. Lebih membanggakan, hasil karyanya akan digunakan sebagai pek bungkusan bagi edisi istimewa yang bakal berada di pasaran seluruh negara pada tahun depan. Menampilkan unsur flora dan fauna yang melambangkan identiti Malaysia, Jane Harn hanya mengambil masa dua jam untuk menyiapkan rekaan berkenaan. Si cilik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya