UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universitas Mataram, Indonesia bagi memperkasakan perkembangan pendidikan kedua-dua pihak.
Inisiatif menerusi Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) itu membolehkan mereka berkongsi kepakaran masing-masing ke arah kelestarian pendidikan menerusi penganjuran persidangan, penyelidikan dan penerbitan.
Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, jalinan kerjasama itu selaras dengan hasrat universiti dan FMSP untuk meningkatkan lagi potensi usaha sama rakan serantau ASEAN yang berpengalaman serta mapan.
Katanya, ia secara tidak langsung dapat melonjakkan kedudukan UPSI dalam ranking 100 universiti terunggul dunia di bidang pendidikan
“Sebagai negara serumpun, MoU ini secara tidak langsung membantu membangunkan dua negara di samping membangkitkan lagi semangat bersatu dalam membina pendidikan bersama.
“Keistimewaan ini seharusnya dimanfaatkan sebagai titik kemajuan dan kebanggaan kita dalam memajukan universiti di kedua-dua negara,” katanya ketika berucap di Dewan Konvensyen Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah baru-baru ini.
Yang hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Norkhtalid Salimin di samping Rektor Universitas Mataram, Prof. Ir. Bambang Hariq Kusumo
Seramai 44 delegasi Universitas Mataram 39 pelajar sarjananya hadir ke majlis berkenaan.