Serlah aura, gaya mewah dengan jaket kulit

Serlah aura, gaya mewah dengan jaket kulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMAKAIAN jaket kulit dapat menyuntik aura keberanian dan urban malah menonjolkan gaya mewah si pemakai.

Selain menjadi alternatif bagi menggantikan kot atau blazer, ia juga boleh digayakan pada bila-bila masa.

Sebagai seorang yang sukakan kelainan dan cabaran dalam bab penampilan diri, pengasas Cerlene, Hashalin Muslim, 53, berpendapat setiap individu perlu kelihatan berbeza bagi mencipta identiti sendiri.


Dia yang juga jurugaya memulakan perniagaan itu selepas melihat pasaran untuk jaket kulit asli amat terhad dan susah didapati di Malaysia.

“Jika ada pun, kita perlu membayar lebih, begitu juga dengan pemilihan warna dan rekaan yang terhad. Ia adalah sesuatu yang sangat tidak mencabar dan ketinggalan.

“Fesyen perlu forward bukan backwards. Malah kita belum ada lagi jenama yang mewakili Malaysia untuk pasaran jaket kulit asli, jadi mendorong saya untuk memulakan perniagaan tersebut hingga kini,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.


Selepas melalui beberapa proses perubahan, penjenamaan dan penambahbaikan serta mengambil beberapa pandangan profesional, Hashalin membawa Cerlene sebagai produk kulit asli bumiputera sejak 2015.

Katanya, pemakaian jaket kulit kini tidak terhad malah boleh digayakan di pelbagai majlis untuk menyerlahkan penampilan, aura dan gaya mewah si pemakai. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya