Seni perca batik hiasi dinding

Seni perca batik hiasi dinding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERMULA dengan hanya menggantung kebaya arwah ibu di dinding sebagai kenang-kenangan akhirnya mencetuskan idea kreatif buat seorang surirumah.

Rafidah Nani Afandi terfikir untuk menghasilkan replika kebaya dengan menggunakan perca kain batik yang dibingkaikan sebagai trademark hiasan di dalam rumah.

“Saya jadikannya sebagai trademark hiasan di dalam rumah kerana mewakili arwah ibu yang berketurunan jawa.

“Perca kain batik disusun mengikut bentuk kebaya dengan menggunakan gam dan kemudian dibingkaikan,” katanya.

Memandangkan hiasan dinding klasik semakin menjadi buruan peminat dekorasi klasik, hasil seninya itu mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai.

Bermula sejak 2022, ibu kepada dua anak itu mula menghasilkan bingkai kebaya secara serius hasil permintaan daripada kenalan dan berkembang hingga kini.

“ Permintaan sangat banyak. Pada awalnya hanya buat satu saiz sahaja, tetapi sekarang saiz ditambah kepada lebih besar dan bingkai bercermin, berbanding sebelumnya cuma bingkai kosong,” ujarnya lagi.

Tambah Rafidah Nani, setiap tempahan mengambil masa selama seminggu untuk disiapkan, namun, ada juga yang siap dalam tempoh sehari jika bersaiz kecil.


Barangan terpakai

Selain bingkai kebaya batik, wanita bertangan seni ini juga menghasilkan beberapa karya seni lain seperti bingkai kebaya daripada paku-paku yang disusun.

“Ada juga bingkai kebaya daripada cengkerang, ranting dan lain-lain lagi yang menggunakan barang buangan atau terpakai.

“Di samping itu, ramai juga pelanggan yang menghantar pakaian lama untuk dibingkaikan,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya