Pesta Kuantan 188 hadiah kepada rakyat - Utusan Malaysia

Pesta Kuantan 188 hadiah kepada rakyat

(DUA dari kiri) Datuk Omar Naresh Mohan pada sidang akhbar Pesta Kuantan 188 baru-baru ini. Acara berkenaan bakal tersenarai dalam Kalendar Pelancongan Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENARA Kuantan 188 di Pahang yang merupakan menara kedua tertinggi di Malaysia bakal dibanjiri 20,000 pengunjung sempena acara tradisi tahunan, Pesta Kuantan.

Pelbagai pengisian menarik disediakan sebagai hadiah kepada rakyat sepanjang tiga hari festival itu berlangsung bermula Sabtu ini.

Antara tarikan utama dalam pesta itu ialah konsert percuma yang menampilkan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza di samping Cakra Khan, Ameng Spring, Aizat Amdan, Aishah Retno, Santesh dan pelawak, Harith Iskander.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Infiniti Indah, Datuk Omar Naresh Mohan berkata, konsert itu bertambah unik dengan paparan teknologi pemetaan unjuran pada aci menara bermula pukul 9 malam pada Isnin.

Pengunjung turut berpeluang menyaksikan perlumbaan perahu naga diraja Pahang yang disertai 34 pasukan.

“Perlumbaan julung kali itu akan bermula di hadapan Jeti Jabatan Laut Kuantan dan berakhir di hadapan Kuantan 188 bagi merebut piala dan wang tunai,” katanya.

Pesta Kuantan 188 itu akan dijadikan sebagai acara tahunan dalam Kalendar Pelancongan Pahang, bertujuan mencipta produk pelancongan baharu di Pahang, seterusnya muncul hab destinasi pelancongan moden di Pantai Timur.

Omar Naresh berkata aktiviti lain untuk pengunjung ialah ialah persembahan bakat dan kebudayaan, pertunjukan fesyen dan berbasikal sejauh 35 kilometer dan gerai jualan.

Menceriakan kanak-kanak, aktiviti seperti zoo mini, zipline dan pertandingan karaoke turut disediakan.

Majlis makan malam tertutup sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pula bakal berlangsung pada 30 Julai dan 5 Ogos.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya