Madu sainfoin warisan ternakan lebah Kyrgyzstan

Madu sainfoin warisan ternakan lebah Kyrgyzstan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANDSKAP pergunungan yang memukau dan padang rumput menghijau bersih adalah bukti keindahan alam semula jadi di Kyrgyzstan atau juga dikenali sebagai Switzerland di Asia Tengah yang kaya dengan pelbagai khazanah alam.

Negara virgin nature itu terkenal dengan pergunungan, malah di sebalik keindahan pergunungan Kyrgyzstan, terdapat penghasilan madu sainfoin atau madu putih yang mempunyai banyak khasiatnya.

Madu putih ini dihasilkan oleh lebah liar yang mengumpul nektar daripada ribuan bunga.


Menurut Pengasas Nomad Global Dynasty (Nomad Honey), Adelia Akbarova yang juga warga Kyrgyzstan, sarang lebah yang berpusat di pergunungan utara Tian Shan merupakan rumah kepada beberapa bunga dan tumbuh-tumbuhan.

“Madu kami dihasilkan oleh lebah yang mengumpulkan nektar daripada bunga sainfoin, bunga liar serta tumbuhan herba di pergunungan Kyrgyzstan. Lebah pergunungan Kyrgyzstan menghasilkan madu sainfoin atau madu putih terbaik dengan rasa yang unik,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Kata Adelia, penghasilan madu sainfoin merupakan tradisi dan keindahan warisan ternakan lebah Kyrgyzstan yang semula jadi.

“Ia juga usaha keras penternak lebah tempatan di Kyrgyzstan untuk memastikan penghasilan madu putih terjamin dan berkualiti,” katanya tradisi masyarakat Kyrgyzstan mengamalkan madu putih yang kaya nutrien untuk kesihatan dan kecantikan.


PASARAN LUAR NEGARA
Sementara itu, Pengasas Bersama Nomad Honey, Datuk Mohamad Bujang berkata, produk keluarannya mula berada di pasaran sejak Jun tahun lalu dan akan dipasarkan ke beberapa buah negara.

“Kami telah mempromosikan madu putih ini di Jakarta, Kuala Lumpur, Jeddah dan Samarkand di Uzbekistan.

“Selain itu, kami sudah mencapai sasaran penjualan menerusi kerjasama dengan dua hotel di Mekah manakala tiga di Madinah bagi menyediakan 1,400 botol di setiap bilik menjelang Ogos, menerusi kontrak selama lima tahun,” katanya yang akan melancarkan Nomad Honey secara rasmi pada hujung Julai ini.

Nomad Honey turut mendapat kerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) berkaitan teknologi.

PULIH COVID-19
Mohamad berkongsi pengalamannya mengamalkan madu sainfoin ketika dijangkiti Covid-19 tahap empat pada 2021. Dia hampir ditidurkan, namun pulih dengan pengambilan madu putih itu secara konsisten.

“Sepanjang Covid-19 dan sehingga kini saya dapati kesihatan semakin baik apabila mengamalkan makan madu putih dua kali sehari. Satu sudu sebelum Subuh dan Asar.

“Alhamdulillah, tiada lagi masalah pernafasan dan paru-paru juga dalam keadaan baik. Sebab itu saya yakin dengan madu putih untuk kesihatan dalaman,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya