Tujuh panduan berguna bantu anda jimat ketika cuti sama keluarga

Tujuh panduan berguna bantu anda berjimat ketika bercuti bersama keluarga

bercuti
RAMAI pengunjung mengambil kesempatan mandi di pantai Teluk Chempedak sempena cuti Aidilfitri baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Musim percutian keluarga bakal tiba, tetapi ia boleh menjadi satu cabaran untuk membuat kenangan percutian yang istimewa bersama orang tersayang yang menepati bajet.

Platform pelancongan digital Agoda sedia berkongsi tujuh panduan berguna untuk membantu anda berjimat dengan lebih banyak pada percutian keluarga seterusnya.

“Kami mahu menjadikan proses perancangan percutian keluarga satu pengalaman yang menyeronokkan, penuh dengan debaran, dan mudah untuk dilakukan, sama ada bersama keluarga terdekat atau perjalanan berbilang generasi,” kata Pengarah Negara Malaysia dan Brunei Agoda, Cleland Robertson.

“Kami membantu semua pengembara di Agoda mencari tawaran terbaik, tanpa mengira saiz kumpulan atau tujuan perjalanan mereka. Kami berharap agar panduan yang dikongsikan di bawah akan membantu sedikit sebanyak untuk memastikan peruntukan keluarga dibelanjakan dengan cara yang sebijak mungkin,” katanya.

#1: Beli secara pakej untuk penjimatan bersama

Walaupun menaiki kapal terbang boleh menjadi satu pengembaraan untuk kanak-kanak, ia mungkin memerlukan sebahagian besar daripada bajet percutian. Cara terbaik untuk menjimatkan tambang penerbangan adalah dengan menggabungkan penerbangan dengan penginapan. Lazimnya, ini akan memberikan diskaun tambahan, meninggalkan lebih banyak wang untuk aktiviti yang menyeronokkan di destinasi.

#2: Mulakan hari dengan sarapan pagi yang baik (yang disertakan bersama penginapan)

Sarapan adalah penting untuk memulakan hari percutian yang sarat dengan aktiviti. Tetapi untuk membeli makanan bagi setiap orang setiap hari akan memerlukan tambahan wang yang banyak. Tempahan penginapan yang tersedia dengan sarapan bukan sahaja dapat menjimatkan banyak wang, malah juga memberikan sedikit ketenangan – segalanya sudah disediakan untuk anda, contohnya seperti kopi dan roti bakar. Anda hanya perlu bangun tepat pada waktunya! Tahukah anda: Anda boleh menggunakan filter untuk menyaring hasil carian untuk hanya memaparkan senarai penginapan yang menawarkan sarapan percuma?

#3: Memburu Tawaran Murah

Platform pelancongan sering memperkenalkan kadar diskaun istimewa untuk tarikh berganda (seperti 11.11, 12.12 dan sebagainya), hari gaji, musim perayaan dan lain-lain. Jika anda sering mengikuti  tawaran tersebut, anda mungkin akan menemui beberapa 'tawaran rahsia' dengan diskaun yang bertindan. Tahukah anda: Agoda berkongsi tawaran rahsia dalam e-mel pekelilingnya?

#4: Nak tempah Refundable atau tidak?

Seperti kebanyakan keluarga yang lain, anda sudah semestinya mempunyai tarikh perjalanan tetap mengikut cuti penggal sekolah. Penjimatan besar masih boleh diperolehi jika anda memilih tawaran harga rendah dengan pilihan wang yang tidak boleh dikembalikan (non-refundable). Jika anda memerlukan fleksibiliti dengan tarikh perjalanan, anda boleh membandingkan kadar bilik dan syarat untuk tawaran yang bersesuaian dengan keperluan anda.

#5: Terasa seperti berada di rumah sendiri

Lebih ramai, lagi meriah! Tetapi kadang-kala ia adalah lebih berbaloi untuk menggunakan ‘satu saiz untuk semua’. Tempahan rumah percutian berbanding dengan beberapa bilik hotel, selalunya merupakan pilihan yang lebih mesra bajet. Penuhkan peti ais dengan makanan kegemaran, nikmati aktiviti BBQ dan gunakan ruang tamu untuk bermain atau bergurau-senda dengan keluarga anda.

Tahukah anda: Selain daripada hotel, anda juga boleh menempah pangsapuri, rumah dan vila serta tempat penginapan yang unik melalui Agoda Homes?

#6: Nikmati tarikan hebat berhampiran anda

Percutian domestik mempunyai banyak faedahnya: Ia membolehkan keluarga anda menjimatkan kos percutian tanpa penerbangan ke luar negara dan juga kos visa yang mahal, dan pada masa yang sama memupuk semangat patriotik dengan mempelajari budaya kita sendiri. Apabila memilih destinasi tempatan, pertimbangkan destinasi yang jarang dikunjungi untuk memberikan keluarga satu pengalaman yang berbeza daripada destinasi yang sering dikunjungi oleh orang lain. Atau pilih destinasi alam semula jadi dengan pengalaman imersif yang lebih menjimatkan berbanding dengan percutian di kota. Tahukah anda: Agoda Special Offers menyediakan pakej cuti inap (staycation) yang lebih berbaloi dengan menawarkan bersama rawatan spa, makanan atau naik taraf sebagai sebahagian daripada tempahan penginapan?

#7: Keterujaan sedang menanti: pra-tempah pengembaraan sekarang

Ingin mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dengan aktiviti-aktiviti yang mengujakan? Anda boleh membuat tempahan lebih awal ke kawasan tumpuan pelancong yang wajib dikunjungi secara dalam talian untuk menjimatkan wang dan melancarkan perjalanan anda. Jangan buang masa dan ucapkan hello kepada keseronokan dengan segera untuk mencipta kenangan bersama orang yang tersayang. Pra-tempah aktiviti anda, dan mulakan  keseronokan percutian anda sekarang! – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya