Percutian, santai. hotel pavilion bukit bintang

Staycation untuk seisi keluarga

Percutiam pendek sesekali dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Percutian pendek atau staycation selama dua hari satu malam di tengah bandaraya Kuala Lumpur, baru-baru ini amat bermakna kepada saya sekeluarga.

Walaupun hanya semalam di Hotel Pavilion Bukit Bintang tetapi ia meninggalkan memori cukup indah khususnya untuk anak-anak. Hubungan kekeluargaan lebih erat malah lebih banyak masa berkualiti dapat diluangkan bersama mereka.

Adib, Mia dan Fatiha teruja sebaik sahaja tiba di lobi hotel di tingkat lapan tepat jam tiga petang. Rekaan dalaman lobi yang moden memang cukup santai. Beberapa sofa selesa diletakkan di tengah lobi.

Lebih menarik, dinding kaca lobi membolehkan mereka melihat bangunan-bangunan pencakar langit di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Sementara menunggu kunci bilik, kami dibawa menikmati minum petang di Restoran Courtyard bersebelahan lobi.

Restoran ini bersebelahan dengan Centre Court iaitu kawasan luar bangunan yang menempatkan air terjun buatan. Oleh kerana cuaca masih panas, kami memilih untuk duduk di dalam restoran saja.

Dua set hidangan minum petang disajikan, mengandungi kuih-muih tradisional Melayu dan puff citarasa barat. Antara yang menarik adalah daging ketam dengan telur ikan, telur dengan kucai, salmon salai dengan krim lobak lada.

Seronok tengok Adib yang gemarkan Ayam Boxing Tandoori dan puff salmon dengan bijan panggang. Mia dan Fatiha pula sangat sukakan tart keju cendawan dan udang goreng keemasan.

Pencuci mulut pula magnum brownie, kek pisang dan puding mangga. Kepuasan terasa apabila menghirup teh tarik yang lemak tetapi kurang manis. Anak-anak tetap memilih minuman kegemaran, coklat ais.

Sebaik dua kunci bilik diterima, kami dibawa ke bilik masing-masing di tingkat 11. Kedua-dua bilik terletak bersebelahan dan boleh diakses dengan sebuah pintu ditengahnya. Sebuah bilik Coutyard Oasis Twin keluasan 38m bersambung dengan bilik Coutyard Oasis King berkeluasan 38m.

Anak-anak teruja sebaik melangkah ke bilik yang luas dan bersih. Apatah lagi bilik kami menghadap ke Courtyard dan boleh nampak air terjun di tingkat lapan itu. Kemudahan lain seperti kerusi rehat, meja tulis, mesin pembancuh kopi, teh dan tv yang turut menawarkan cerita kartun untuk kanak-kanak.

Ketiga-tiganya sudah bergolek baring-baring untuk merasai keempukan tilam dan bantal di bilik Oasis King. “Wow… dekat bilik sebelah ni ada dua katil!” kata Fatiha.
“Adik nak tidur di katil nilah,” katanya sambil bergolek-golek atas salah satu katil. Keletahnya membuatkan kami ketawa.

Selepas meletakkan semua beg, kami terus ke Rangers Club di tingkat 16. Di sini tempat kanak-kanak menghabiskan masa bermain dan membaca buku sambil ditemani kakitangan di situ. Di satu ruang terdapat kolam bola beraneka warna yang membolehkan kanak-kanak bermain didalamnya. Ada juga permainan dan televisyen untuk menonton filem atau kartun.

Menjelang petang dan cuaca redup, anak-anak sudah tidak sabar hendak berenang di kolam renang infiniti. Terletak di tingkat 18, kolam renang ini sedalam 1.2 meter.

Mandi-manda di kolam infiniti

Kolam renang dengan air yang sedikit dingin ini dikelilingi bangunan pencakar langit. Bersebelahan kolam renang terdapat gimnasium yang dikenali sebagai Sky Gym.

Dilengkapi peralatan senaman canggih, pengunjung boleh menikmati keindahan bandaraya Kuala Lumpur sambil bersenam.

Puas berendam dan bemain air, kami naik ke bilik untuk solat dan bersiap untuk makan malam di Restoran Courtyard.

Malam ini kami disaji dengan hidangan hot pot mengandungi dua pilihan sup iaitu sup ayam dan tomyam.

Mi kuning dimakan dengan makanan laut seperti udang, hirisan daging dan kekapis serta sayur-sayuran seperti cendawan, lobak dan kalian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya