kongsi ilmu mudah tulis ebook

Simple-Shida kongsi ilmu mudah tulis ebook

Simple Shida berkongsi mengenai ebooknya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ebook adalah sejenis bahan bacaan digital atau buku elektronik yang dimuat turun menggunakan telefon pintar, komputer riba, tab , gajet dibaca mengikut format pdf, Microsoft words dan lain-lain.

Ebook bercirikan isi kandungan penulisan yang ringkas, mudah difahami , kompetitif dan interaktif.

Penulis buku digital terkenal, Nurul Ashidah Johari, 41, atau nama nickname blogger Simple-Shida, merupakan Pengasas Intouch Training & Consultancy, Executive Master Advisor MSGA kini telah melahirkan lebih 1000 orang alumni Bengkel Tulis Ebook secara atas talian (online) dan bersemuka merentas 20 buah negara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) juga merangkap suri rumah sepenuh masa ini berkata sejak di tahun pertama pengajian lagi beliau begitu meminati dunia penulisan kreatif.

“Ketika bergelar mahasiswi, saya mengasah bakat dalam penulisan blog. Saya gemar menulis pelbagai kisah kehidupan, kekeluargaan, persahabatan, keagamaan dan isu semasa.

“Tidak sangka ramai mengikuti laman blog saya. Mereka turut melontarkan pandangan dan pendapat masing-masing berhubung sesuatu penulisan saya,” katanya.

Usai tamat pengajian, dia bekerja di beberapa institusi pendidikan swasta dan tempatan. Pada suatu hari rakannya mengirim aplikasi WhatsApp berkaitan sebuah iklan poster yang tertera ‘Buat duit dengan ebook’. Tanpa berlengah lagi, dia terus mendaftarkan diri sebagai peserta.

“Saya hadir ke bengkel buat pertama kalinya anjuran Master Shiro Global Academy (MSGA Sdn. Bhd. ) yang terletak di Subang. Saya bertemu pengasasnya Mejar ( B ) Hasrul Taufek Roslan TUDM atau dikenali juga sebagai Master Shiro yang merupakan mentor saya.”

“Sepanjang tempoh sesi pembelajaran, saya berpeluang mempelajari kemahiran, kaedah dan diberi pendedahan teknik lengkap bagaimana menulis ebook dengan mudah, efektif dan cepat.”

“Dengan semangat berkobar-kobar di rumah saya mempraktikkan segala ilmu dan aplikasi yang dipelajari untuk cuba menghasilkan ebook pertama . Walaupun berhadapan dengan cabaran tertentu namun saya berjaya menyiapkannya termasuk mereka sendiri ilustrasi rupa bentuk kulit buku dalam masa singkat.” kata anak jati kelahiran Melaka tetapi dibesarkan di Perak.

Minat semakin bercambah

Ebook berjudul 7 Langkah Tulis Ebook Mudah & Cepat telah dijual menerusi di platform www. intouchebook.com telah meraih hasil jualan yang memberangsangkan.

Sejak itu minatnya untuk berkarya dalam bidang penulisan digital terus bercambah.

Daripada seorang blogger tegar, dia kini menggorak langkah serta memasang impian untuk menjadi seorang penulis ebook yang berjaya.

Dia semakin kerap menghadiri bengkel di akademi tersebut untuk memantapkan lagi skill, pemahaman serta pengetahuannya. Sehingga kini dia telah berjaya menulis dan menghasilkan ebook lebih daripada 20 buah.

Antara karya yang dihasilkan berjudul Ukhwah Luar Biasa edisi 1 & 2 , 33 idea melimpah tulis ebook, Suri Master ebook rahsia jana pendapatan 5 angka, 17 panduan didik tarbiah si cilik membaca, 44 rahsia tulis ebook cepat siap dan beberapa lagi di platform digital beliau

Trend ebook kini melonjak tinggi. “Global E-Book Reader Market (2022 to 2027) – Industry Trends, Share, Size, Growth, Opportunity and Forecasts – ResearchAndMarkets.com.” Justeru rakyat Malaysia disarankan agar berlumba untuk menggalakkan serta membudayakan amalan membaca dan menulis ebook agar generasi digital kini dapat berkongsi ilmu dengan lebih luas tanpa batasan.

Buat bengkel kongsi ilmu

Rentetan dari bengkel tulis ebook, Simple-Shida dilantik sebagai Certified Trainer Ebook oleh MSGA. Dia mengendalikan bengkel secara individu tetapi di penghujung slot, dia menjemput mentornya untuk memberikan kata-kata motivasi kepada peserta.

“Objektif kami untuk berkongsi ilmu dan memberi pendedahan bagaimana menulis ebook mudah dan cepat. Selain itu membuka minda kepada semua golongan masyarakat bahawa untuk menjadi seorang penulis bukanlah mustahil paling penting mempunyai minat, kesungguhan, komitmen dan usaha berterusan,” ujarnya.

Ketika seluruh dunia dilanda musibah penularan pandemik covid 19 yang memaksa Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) diadakan termasuk Malaysia, didapati trend bacaan digital dan institusi pendidikan juga mengikut arus teknologi. Pandemik memberikan advokasi kepada bacaan dan sistem pembelajaran khususnya.

Raih kejayaan

Sehingga kini peserta online sahaja telah melebihi 500 orang telah menyertai bengkel kendaliannya. Kesemua peserta mempunyai kepelbagaian latar belakang yang terdiri daripada doktor pakar perubatan, pensyarah, jurulatih, pempengaruh, usahawan, guru, agamawan dan ahli korporat .

Malah, dia turut menerima penyertaan daripada peserta yang bermukim di Jerman, United Arab Emiriyah, Mesir, Singapura, Brunei, Jordan dan Turkmenistan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya