rabun jauh boleh beri kesan kepada kanak-kanak

Rabun jauh cacatkan prestasi akademik kanak-kanak

Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rabun jauh mungkin dipandang sebagai sejenis masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan orang.

Namun, penyakit yang juga dikenali sebagai Miopia itu mampu memberikan kesan yang signifikan kepada kanak-kanak sekiranya tidak mendapat rawatan awal.

Pakarunding Optometris, Optika Optometris Selangor, Darren Toh Kee Wai berkata, kajian mendapati kanak-kanak berumur lapan tahun dengan Miopia yang tidak dikawal secara lazimnya mencapai keputusan akademik yang lebih teruk berbanding kanak-kanak dengan penglihatan normal.

Hal ini kerana penglihatan merupakan elemen terpenting dalam proses pembelajaran.

“Kira-kira 85 peratus hingga 90 peratus pembelajaran menerusi sistem penglihatan.

“Oleh itu, masalah penglihatan seperti Miopia akan mengganggu proses pembelajaran, terutamanya pembacaan dan prestasi sekolah pada tahap pembelajaran awal.

“Kanak-kanak dengan penglihatan yang lebih baik juga didapati mempunyai keseimbangan okular motor, dan integrasi visual-motor yang lebih baik,” jelasnya.

Kelebihan itu juga jelasnya, membolehkan mereka bersukan dengan lebih baik dan juga mempunyai kemahiran analisis penglihatan yang lebih tinggi.

Bukan faktor genetik semata

Mengulas lanjut, Darren berkata, genetik bukan semata-mata punca kepada masalah berkenaan.

Sebaliknya, kajian terbaharu menunjukkan peningkatan kadar miopia baru-baru ini adalah berpunca daripada gaya hidup terutamanya peningkatan tekanan akademik dan kerja dekat.

Kerja dekat adalah aktiviti yang dilakukan pada jarak tangan termasuk membaca, mengulang kaji, menulis, bermain permainan video dan menggunakan peranti tangan atau digital.

“Selain itu, kurang meluangkan masa di luar juga didapati menjadi punca mempercepatkan kadar peningkatan rabun jauh di Asia.

“Di negara-negara seperti Singapura, Hong Kong, Taiwan, China dan Japan, kadar miopia yang tinggi dikaitkan dengan fokus dan tekanan yang tinggi kepada pencapaian akademik antara anak muda, terutamanya amalan kelas tambahan atau tuisyen selepas sekolah,’ jelasnya lagi.

Kesan seawal dua tahun

Ujian khas ‘Lear Charts’ merupakan ujian khas yang digunakan oleh pakar mata untuk menguji mata kanak-kanak seawal dua tahun.

Sekiranya kanak-kanak tersebut disyaki mempunyai miopia, retinoskopi akan dilakukan untuk mengukur kadar pemanjangan bebola mata dan panjang paksi bebola mata (axial length).

“Ujian-ujian ini boleh mengukur tahap miopia dengan ketepatan lebih 95 peratus.

Biasanya miopia pada tahap awal atau rendah tidak merisaukan ibu bapa, tetapi adalah penting untuk mengawal miopia seawal yang boleh.

“Lagi muda seorang anak apabila dia mempunyai miopia, lagi tinggi risikonya untuk mengalami komplikasi penglihatan yang teruk apabila dewasa, termasuklah glaukoma, katarak, retina tertanggal dan juga risiko pembutaan,” katanya lanjut.

Peningkatan bacaan miopia sebanyak 1.00 diopter dikaitkan dengan 67 peratus peningkatan kes lazim penyakit myopic maculopathy.

Biarpun ia tidak boleh disembuhkan, namun, memperlahankan miopia dengan hanya 1.00 diopter boleh mengurangkan kemungkinan seseorang mendapat penyakit ‘myopic maculopathy’ sebanyak 40 peratus.

“Jadi sebagai seorang pakar mata, matlamat kami adalah untuk mengawal miopia seawal yang mungkin bagi kanak-kanak apabila tahapnya masih rendah, untuk memastikan ia tidak menjadi miopia tinggi pada masa akan datang.

“Ini akan mengurangkan perbelanjaan bagi membetulkan penglihatan mereka dan menikmati kualiti hidup yang lebih tinggi apabila dewasa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya